web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Festival Tarian Online, Kaedah Baharu Martabat Seni Warisan

Pandemik dan keperluan bekerja dari rumah tidak menghalang para penari kebudayaan negeri untuk meneruskan latihan dan persembahan mereka.

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik COVID-19 membuatkan rakyat terpaksa hidup dalam norma baharu, sekali gus bermakna aktiviti harian tidak lagi boleh dijalankan seperti mana biasa.

Ia mencakupi persembahan seni budaya yang tidak lagi boleh dipertontonkan kepada umum atau secara bersemuka, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu.

Pada masa sama, kerajaan turut mengeluarkan saranan untuk bekerja dari rumah (WFH) bagi mengekang penularan virus Covid-19.

Senario ini mendorong orang ramai menjadi lebih kreatif dalam mengisi kebosanan, dan ia mencetuskan pelbagai idea yang berpaksikan kepada satu tujuan utama, memartabatkan seni warisan walau dengan cara baharu.

Itulah yang dilakukan Yayasan Warisan Johor (YWJ) bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, menerusi kolaborasi buat julung kalinya bagi mempersembahkan ‘Mesra Budaya 1.0’.

Persembahan tarian atas talian dengan gabungan artis budaya kedua-dua jabatan itu bertujuan memartabatkan warisan serta budaya menerusi seni tari dan pada masa sama, ingin menunjukkan sokongan serta menyahut seruan kerajaan menjayakan konsep WFH.

Biarpun tidak bersua muka, apa yang pastinya, usaha dua jabatan itu menjadi bukti seni dan budaya masih boleh dipersembahkan kepada umum walaupun PKP dilaksanakan.

Pengarah YWJ, Sharil Nizam Abdul Rahim berkata, perbincangan bagi menjayakan program Mesra Budaya 1.0 itu bermula pada 26 Januari lalu apabila pihaknya tertarik dengan konsep WFH yang dilakukan JKKN Melaka buat penari mereka.

“Timbul idea untuk kita bekerjasama dengan penari JKKN Melaka bagi menghasilkan persembahan tarian gabungan secara atas talian. 

 “Persembahan ini menggabungkan dua negeri ini menerusi YWJ dan JKKN Melaka yang membabitkan 12 orang penari dengan lima orang jurulatih,” katanya.

 Beliau berkata, dengan adanya usaha kolaborasi itu, ia dapat mengekalkan kecergasan penari yang hanya bekerja dari rumah sepanjang tempoh pandemik ini.

“Penari yang terbabit bagi setiap kumpulan terdiri daripada golongan peringkat pertengahan dan akan dipadankan bersama pasangan mereka melalui sistem undian.

“Jurulatih pula bertindak memantau cara setiap kumpulan bekerjasama dan berinteraksi atas talian dalam menjayakan konsep persembahan yang ingin dipersembahkan,” jelasnya.

Menurut Sharil Nizam, banyak input yang diperolehi dengan penganjuran Mesra Budaya 1.0 ini termasuk dapat melatih penari meningkatkan cara berkomunikasi dan bekerjasama antara satu sama lain.

“Program ini juga dapat memberi pendedahan kepada penari bagaimana untuk mengilhamkan karya yang mempunyai rasa dan jalan cerita.

 “Ia juga memberi ilmu kepada setiap penari untuk mempelajari bagaimana cara berkerjasama dan berkomunikasi secara maya, apatah lagi apabila mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

Sharil Nizam berkata, program seperti ini membolehkan penari-penari meningkatkan kemahiran berinteraksi bersama pasangan tari masing-masing, sekali gus mengasah olahan tari dan persembahan.

Enam video tarian gabungan itu sudah disiarkan di laman sosial Facebook rasmi kedua-dua jabatan berkenaan selain di Youtube YWJ pada 22 Februari hingga 24 Februari lalu dengan dua video setiap hari.

Jenis tarian yang dipersembahkan adalah tarian tradisional Melayu seperti tarian inang, zapin dan joget.

Sambutan yang diterima daripada pelayar media sosial itu nampaknya amat positif apabila majoriti penonton menyokong usaha dilakukan YWJ dan JKKN Melaka, termasuk daripada kalangan bukan Melayu.

Sharil Nizam turut melahirkan harapan untuk melihat program terbabit diteruskan, sekali gus melahirkan generasi seni yang sentiasa memartabatkan warisan bangsa supaya kekal sepanjang zaman.

“YWJ dan JKKN Melaka juga berhasrat untuk meneruskan kolaborasi ini ke tahap seterusnya dengan bekerjasama bersama kumpulan kesenian yang lain dan kami juga ingin mengembangkan program ini di peringkat antarabangsa dengan turut membabitkan penggiat seni tari di negara jiran seperti Singapura serta Indonesia,” katanya. - Getaran, 11 Mac 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...