web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kelab Serindit Mati Tersepit Teruskan Legasi Lagu Rakyat Pahang

Lagu-lagu rakyat di negara ini banyak yang indah tetapi semakin tenggelam dibanjiri lagu-lagu pop moden. Kenali para 'pejuang' lagu-lagu rakyat Pahang ini.

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2021 4:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak dapat dinafikan lagu rakyat di negara ini mempunyai sisi seni yang sangat menarik, puitis dan unik.

Bukan sahaja irama yang malar segar, liriknya juga memiliki maksud tersirat dan mempunyai jalan cerita sejarah tersendiri.

Tidak terkecuali lagu rakyat negeri Pahang turut mempunyai kelompok peminat yang banyak dan bukan tertakluk kepada penduduk negeri ini semata.

Penubuhan kumpulan Anak Kayan pada tahun 2008 oleh Noor Azman Norawi, 54 tahun, dilihat sebagai antara usaha terawal bagi memastikan hasil seni persembahan berkenaan terus dipertahankan.

Beliau yang lebih terkenal dengan panggilan Man Kayan berkata, kumpulan itu ditubuhkan sebagai satu manifestasi kepada penghargaan terhadap seni budaya yang menjadi kebanggan rakyat negeri Pahang.

Pengasas kumpulan Anak Kayan dan Kelab Serindit Mati Tersepit, Noor Azman Norawi atau lebih dikenali sebagai Man Kayan
Pengasas kumpulan Anak Kayan dan Kelab Serindit Mati Tersepit, Noor Azman Norawi atau lebih dikenali sebagai Man Kayan

"Ia adalah langkah pertama kami dan sumbangan kecil untuk mempertahankan ratusan lagu rakyat negeri Pahang yang kaya dengan sejarah perjuangan pahlawan dahulu kala.

"Selepas lebih 10 tahun kami bersama dalam bidang ini, melalui saat jatuh-bangun dan dipinggirkan pihak tertentu, bermula sebagai kumpulan Anak Kayan dan kini menggunakan nama Kelab Serindit Mati Tersepit, saya bangga dengan pencapaian yang telah kami perolehi," katanya ketika ditemui di kediamannya dekat Permatang Badak, di sini.

Ditanya mengenai pemilihan nama Kelab Serindit Mati Tersepit, Man Kayan berkata ia membawa maksud ahli kumpulan ini yang kecil seperti burung Serindit dan jika tidak diberikan peluang untuk mengembangkan atau menunjukkan bakat, sudah pasti bakat dimiliki itu menjadi sia-sia. 

Man Kayan menyanyikan lagu rakyat Pahang ketika ditemui di kediamannya di Permatang Badak, Kuantan
Man Kayan menyanyikan lagu rakyat Pahang ketika ditemui di kediamannya di Permatang Badak, Kuantan

Menceritakan antara pencapaian direkodkan kelab dianggotai 10 orang dari pelbagai peringkat usia, Man Kayan berkata, kelab itu sudah dua kali dijemput membuat persembahan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada tahun 2016 dan 2017 dan sembilan kali menyertai festival kebudayaan di Indonesia dan Thailand.

"Sepatutnya tahun lalu kami dipelawa menyertai festival kebudayaan di Pattani, Thailand, namun disebabkan masalah COVID-19, kami terpaksa menolak undangan itu. 

"Semua pencapaian ini adalah satu kepuasan kepada kami walaupun bergerak secara kecil-kecilan tanpa sokongan dana besar daripada mana-mana pihak, kejayaan ini boleh dibanggakan," katanya. 

Antara ahli Kelab Serindit Mati Tersepit mengadakan latihan di Permatang Badak, Kuantan
Antara ahli Kelab Serindit Mati Tersepit mengadakan latihan di Permatang Badak, Kuantan

Selain membawa lagu rakyat Pahang ketika membuat persembahan, penampilan ahli kumpulan itu dengan busana lengkap pakaian tradisional Melayu bersama tanjak, turut menjadi perhatian dan buah mulut orang ramai. 

"Imej ini adalah cara kami menghargai seni budaya orang Melayu dan ia sangat disenangi penonton. Sebagai contoh dalam bab tanjak ini, ada pelbagai jenis antaranya lang menyusur angin, ayam patah kepak, balong raja, solok timbo dan semangat Bugis.

"Semuanya mempunyai gaya lipatan dan jahitan berbeza. Keunikan ini juga menjadikan kumpulan kami sentiasa menjadi perhatian setiap kali tampil dalam festival kesenian di Indonesia dan apabila penduduk di sana mengetahui kami dari Pahang dan Malaysia, mereka kagum dengan busana tradisional yang kami kenakan," katanya. 

Selain aktif memperjuangkan lagu rakyat Pahang, Man Kayan turut mempunyai kemahiran menghasilkan tanjak dan busana Melayu tradisional
Selain aktif memperjuangkan lagu rakyat Pahang, Man Kayan turut mempunyai kemahiran menghasilkan tanjak dan busana Melayu tradisional

Mengulas mengenai senarai lagu rakyat Pahang yang sering dipersembahkan pula, Man Kayan berkata, antara yang paling digemari penonton ialah lagu 'Lemak Manis' yang dipopularkan Roslan Madun; 'Puteri Walinongsari' yang pernah didendangkan Datuk Siti Nurhaliza; 'Wau Pepeh'; 'Semalam Di Kuala Pahang' dan 'Menghilir di Sungai Pahang.'

"Lagu ini kami dendangkan dengan iringan peralatan muzik tradisional seperti gendang ibu, gendang anak, rebana, keketuk, gong, tetawak, buluh kuntum dan bongo bersama iringan petikan gitar akustik dan dram mini," katanya yang turut mempunyai kemahiran membuat tanjak dan busana Melayu tradisional. 

Beliau berharap generasi muda dapat menghargai seni budaya dan bersama-sama mempertahankan lagu rakyat supaya tidak dilupakan akibat peredaran zaman. 

"Perjuangan untuk menjaga legasi kebanggaan orang Melayu, terutamanya seni lagu rakyat ini memerlukan pengorbanan dan sokongan semua pihak. 

"Kami sudah lalui semua itu, pernah diberi layanan kelas kedua oleh pihak penganjur, terpaksa menumpang tidur dan mandi di Hentian Rehat dan Rawat sebelum membuat persembahan, bahkan ditipu oleh pihak tertentu terutamanya dalam hal membabitkan pembayaran dan itu semua tidak mematahkan semangat untuk terus berjuang mempertahankan seni budaya ini, " katanya. – Getaran, 4 Mac 2021

Semua gambar: Nik Khaleef Fitri

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

2

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

3

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

4

Muzik 4 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN