web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


CENDANA Anjur KLWKND Untuk Pupuk Pemulihan Seni Dan Budaya Malaysia

Acara tiga hari bermula 25 Nov itu disasar untuk menyuburkan kembali komuniti kreatif Kuala Lumpur yang terkesan dengan kemunculan pandemik COVID-19 awal tahun lepas.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 8:36AM

Gambar: Instagram @klwknd2021

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat julung kalinya Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) akan menganjurkan acara KLWKND sebagai sebahagian daripada program 'Art In The City' hujung bulan ini bagi menggalakkan dan memupuk pemulihan pelbagai bidang seni dan budaya Malaysia.

Perunding dan Pengarah Festival CENDANA Joe Sidek berkata acara tiga hari bermula 25 Nov itu disasar untuk menyuburkan kembali komuniti kreatif di sini yang dilihat terkesan dengan kemunculan pandemik COVID-19 awal tahun lepas, dengan membawa penglibatan pelbagai bidang seni.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Joe Sidek Productions berkata Panggung Bandaraya akan menjadi hos kepada perasmian KLWKND, yang akan menampilkan persembahan muzik dan tarian kumpulan penari-penari terbaik dalam negara.

Beliau berkata pelbagai program dirancang untuk memeriahkan pertunjukan menerusi demonstrasi fizikal, dan juga program maya, seperti rakaman awal video dan penstriman secara langsung dalam talian, namun ia bergantung kepada perubahan, berdasarkan kepada situasi COVID-19 semasa.

"Satu penilaian akan dibuat berdasarkan kepada prosedur operasi standard (SOP) terkini untuk acara ‘live’ dari semasa ke semasa,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Joe berkata program-program KLWKND merangkumi beberapa kluster sorotan utama, setiap satu dengan 'festival village' sendiri, dan program ini disertakan dengan pelbagai program tambahan yang mengambil genre dan subjek yang berbeza.

Antara program yang dirancang adalah Bamboo House; in-kueh-dible trail; Buku2Books; Opera Srikandi Nusantara; Love My (Malaysian) Batik; di samping lawatan khas KLWKND yang nenganjurkan thematic tours bagi membawa pelawat berkunjung ke pelbagai tempat di Kuala Lumpur.

Program-program KLWKND berlangsung di sekitar lokasi-lokasi utama serta tempat-tempat bersejarah di sekitar Kuala Lumpur, dan setiap lokasi juga diberi nama tempatan seperti 'Di sini', 'sinilah' dan juga 'In Situ'; dan tiket-tiket boleh diperoleh secara percuma di www.klwknd.com. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

2

Budaya 3 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

3

Budaya 3 minggu yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

4

Budaya 1 bulan yang lalu

'Rain Rave' Meriahkan KL Sempena Hari Pekerja, Perkukuh Pelancongan & Ekonomi Tempatan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 18 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN