web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Festival Seni Hidup Paparkan Kesenian 15 Negara

Festival Seni Hidup@Living Arts Cultural Festival (LACF) menampilkan warisan tidak ketara daripada 15 negara serta 18 kesenian yang diiktiraf UNESCO telah diadakan secara dalam talian baru-baru ini.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 4:02PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usaha mengetengahkan warisan negara yang hampir pupus dan seterusnya menjadi pencetus kepada usaha pemuliharaan dan pemeliharaan diteruskan menerusi penganjuran Festival Seni Hidup@Living Arts Cultural Festival (LACF) yang telah diadakan pada 29 hingga 31 Oktober lalu.  

Dianjurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), LACF menghimpunkan kesenian yang antaranya telah diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) dan Warisan Kebangsaan. 

LACF 2021 menampilkan warisan tidak ketara daripada 15 negara iaitu Malaysia, Australia, Cambodia, China, Filipina, Kanada, Indonesia, Korea Selatan, Mexico, Perancis, Lao PDR, Sri Lanka, Thailand, Turki dan Vietnam.

Menerusi 15 negara ini, sebanyak 18 kesenian yang diiktiraf UNESCO telah dipersembahkan iaitu Dondang Sayang oleh kumpulan Kenangan Mawar Biru, Mak Yong (Kumpulan Kesenian JKKN), Silat (Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga - Malaysia), Khon (Absolutely Thai Kansadaeng Watthanatham Co., Ltd - Thailand), Darangen (Sarimanok Theatre Company - Filipina) dan Ebru dan Whirling Dervishes (Garip Ay dan Seyit Sercan Celik - Turki).

Selain itu, LACF 2021 juga memaparkan Tradisional Turkish Archery (Yunus Emre Turkish Cultural Centre-Turki), Lkhon Khol Wat Sway Andet dan Tarian klasik Khmer (Cambodia Cultural Troupe - Cambodia), Sound of Khaen Dance (National Artist Lamthong Phothivong - Loa PDR), Pirekua (Kústakua-Mexico), Maloya (Lindigo-Perancis), Saman (Sanggar Inen Manyak Teri - Indonesia), Nyanyian Ca Tru (Ca Tru Thang Long - Viet Nam) dan Pantun (Hj Chuari Slemata - Malaysia dan Ibu Nunik Heri Wahyuni - Indonesia). 

Penonton juga telah disajikan dengan dokumentari khas ‘Wangkang’ dari Malaysia dan China, serta persembahan seni mempertahankan diri tradisional Ssirieum (Korea Selatan), Chamara (Sri Lanka), Yidaki (Australia) dan tarian tradisional orang asli di Kanada iaitu gabungan tarian Fancy Shawl dan Prairie Chicke’.

LACF 2021 turut menampilkan pelbagai warisan kesenian Malaysia seperti seni Wayang Kulit, Veena, Sundatang, Tarian Piring, Tarian Labi-labi, Sape, Gambus, Main Balai, Gendang Melayu Sarawak, Sumazau, Terinai, Dabus, Anak Umbang, Pensol, Tari Inai, Joget Gamelan, Dhol, Isun-Isun, Mayin Jo’Oh’, Sumirid, Awang Batil dan Opera Boneka Teochew. 

Selain persembahan kesenian, JKKN turut melaksanakan tiga pencungkilan bakat sempena LACF 2021 iaitu 'Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu P. Ramlee', 'Cabaran Joget' dan 'Pertandingan Busana Tradisional Malaysia'. 

10 video terbaik bagi Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu P. Ramlee dan Cabaran Joget telah dipersembahkan di LACF 2021 dengan kemuncaknya pengumuman juara bagi ketiga-tiga kategori tersebut.

Selain itu, program berbentuk keilmuan juga diadakan.

Webinar 'Mental Health and Healing Through Music: Perspectives from Arts and Science' disertai oleh Maya Hasan dari Indonesia, Dr. Indra V. Selavarajah, Prof. Mohd Anis Md Nor, Prof. Jacqueline Pugh Kitingan, Dr. Nurashikin Ibrahim dan Pauline Fan dari Malaysia.

Panel untuk webinar 'Perayaan Wangkang antara Mitos dan Kepercayaan' pula melibatkan Datuk Ronald Gan dan Encik Cendric Tan. Kedua-dua webinar ini diselaraskan oleh JKKN Melaka dan PUSAKA.

LACF 2021 kali ini juga turut mengetengahkan segmen Intelek Seni dengan tajuk ‘Nilai Estetika Seni Bina Rumah Tradisional Negeri Sembilan’, ‘Simbolisme Daun Sirih dalam Perubatan Tradisional Masyarakat Melayu’ dan ‘Amalan Adat Berpantang bagi Wanita Selepas Bersalin’.

Berbeza dengan penganjuran LACF pada tahun 2018 dan 2019, LACF siri ketiga ini diadakan secara dalam talian dan boleh dilayari melalui www.cloudtheatre.com dan laman Facebook rasmi JKKN TV. - Getaran, 11 November 2021

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

2

Budaya 3 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

3

Budaya 3 minggu yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

4

Budaya 1 bulan yang lalu

'Rain Rave' Meriahkan KL Sempena Hari Pekerja, Perkukuh Pelancongan & Ekonomi Tempatan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 17 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN