web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pameran Solo Sulung Seniman Isa Ishak Di ZHAN Art!

Hasil seni  dalam pameran ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 'diri' dan 'disiplin diri'.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 11:55AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seniman kontemporari Malaysia, Isa Ishak hadir dengan pameran solo pertamanya bertajuk Kisah Isa Ishak di ZHAN Art | Space. Beliau mengetengahkan perjalanannya sebagai seorang seniman baharu, ayah muda, anak dan suami penyayang.

Karya terbaharunya ini banyak menceritakan tentang proses dirinya yang bekerja sebagai buruh kemudian bertukar bidang menjadi seorang seniman. 

Sejumlah 26 karya seni dihasilkan oleh Isa Ishak dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 'diri' dan 'disiplin diri'.

Pameran 'diri' yang terdiri daripada 16 karya seni figuratif abstrak menunjukkan pencarian Isa untuk perhubungan, penerokaan, pertanyaan dan dokumentasi pencapaian penting dalam kehidupan peribadinya. 

Manakala, 10 karya seni yang lain dipamerkan sebagai 'disiplin diri', diilhamkan menerusi alam semula jadi dan keindahan struktur pokok bonsai. Potret pokok bonsai mencerminkan hubungan manusia dengan proses dan pertumbuhan pokok bonsai.

Isa Ishak menerokai idea penerimaan dan perjuangan sendiri untuk menyesuaikan diri dalam sebuah masyarakat yang berasa terpolarisasi dan terasing. Pameran ini juga menjemput penonton untuk merenung pandangan dan emosi sendiri bersama.

“Karya seni ini adalah dialog visual detik-detik yang diambil ketika perjalanan saya  bermula sebagai pekerja buruh di mana saya membina rumah kampung suatu masa dahulu sehingga menjadi seniman.

"Kisah Isa Ishak ialah kisah peribadi yang amat bermakna dan mencerminkan beberapa peranan saya,” katanya.

Sementara itu, Pengasas ZHAN Art | Space, Desmond Tong berkata, menerusi Kisah Isa Ishak, mereka ingin menjelaskan detik-detik tertentu yang mungkin tidak pernah orang ramai fahami berikutan perintah kawalan pergerakan yang agak lama di Malaysia bagi menangani COVID-19.

"Pameran ini berharap emosi dan kemahiran Isa ditangkap dalam lukisan dan dapat mendokumentasikan perbezaan dan persamaan perasaan untuk menyatukan semua penonton,” kata Desmond. 

Pameran ini memaparkan 26 karya seni dan harga bermula dari RM570. Pameran Kisah Isa Ishak berlangsung di ZHAN Art | Space, Petaling Jaya bermula Oktober ini.

Untuk menempah tempat, hantarkan mesej ke  @zhanartspace di Instagram. - Getaran, 14 Oktober 2021

Gambar: Isa Ishak

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad