web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Promosi Sukan Rakyat Permainan Tradisional Untuk Gaya Hidup Sihat

Permainan tradisional dan sukan rakyat perlu dipromosikan dengan lebih konsisten. Selain kos yang murah, ia juga berpotensi menjadi daya tarikan pelancong di sesebuah lokasi.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 4:14PM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Permainan tradisional dan sukan rakyat perlu dipromosikan dengan lebih konsisten selaras hasrat Malaysia mahu melahirkan komuniti cerdas yang mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif bersukan.

Pensyarah Kanan Jabatan Pelancongan, Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu Norazlina Rahmat berkata selain kos yang murah, ia juga berpotensi menjadi daya tarikan pelancong di sesebuah lokasi.

“Permainan tradisional dan sukan rakyat tidak hanya menguji kecekapan berfikir serta mengeratkan hubungan interaksi sosial, malah ia juga bagus untuk keseimbangan badan sekali gus meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus terutama bagi kanak-kanak dan remaja.

"Ia sangat bagus untuk mereka berbanding hanya terperap di rumah dan 'hanyut' dalam permainan video yang lebih banyak memberi kesan buruk berbanding manfaatnya terutama untuk jangka masa panjang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mengikut data Jabatan Warisan Negara, terdapat 28 permainan tradisional yang telah diangkat sebagai warisan negara antaranya congkak, dam, gasing, galah panjang, ketinting, tarik upih, guli, sepak raga dan kaki hantu.

Variasi permainan ketinting. Gambar: Unsplash
Variasi permainan ketinting. Gambar: Unsplash

Norazlina berkata usaha kerajaan dalam memartabatkan semula permainan tradisional dan sukan rakyat juga wajar dipuji kerana ia membuktikan keseriusan kerajaan memelihara warisan budaya, malah turut menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif bersukan.

"Contohnya di Kampung Budaya Terengganu, usaha Jabatan Pelancongan Negeri sangat bagus dalam mempromosikan permainan tradisional dan sukan rakyat dengan mengadakan demonstrasi kepada pengunjung.

"Begitu juga dengan penganjuran karnival dan pesta pantai sebelum pandemik COVID-19, banyak pertandingan permainan tradisional dan sukan rakyat ditonjolkan dan penglibatan orang ramai juga sangat memberangsangkan," katanya menambah bersukan tidak semestinya memerlukan peralatan yang mahal.

"Hanya dengan sedikit kreativiti, permainan tradisional dan sukan rakyat mampu mewujudkan suasana ceria dan membuatkan badan berpeluh....itu yang paling penting untuk kanak-kanak dan remaja meninggalkan sementara gajet.

"Jika ruang yang ada agak terhad, kita boleh bermain sesuatu yang menguji minda seperti congkak manakala jika ada kesempatan seperti pulang ke kampung, boleh galakkan anak bermain galah panjang, kaki hantu dan ketinting bersama saudara-mara," katanya yakin budaya aktif sukan dalam kalangan rakyat juga dapat dipupuk melalui permainan tradisional dan sukan rakyat. - Bernama

Isu Pada

Ummi Nazeera: Tak Pernah Berhenti

09 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 5 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN