web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


16 Penari 'Breaking' Tempatan Intai Slot Ke Paris 2024

Dua peserta terbaik akan mewakili Malaysia pada Kejohanan Akhir WDSF (World Dance Sport Federation) Breaking World yang juga merupakan kejohanan kelayakan Olimpik di Paris, Perancis.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 4:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seramai 16 penari tempatan akan berentap pada Kejohanan Kebangsaan Breaking E-Battle Ahad ini bagi merebut slot menjadi wakil sukan tarian ‘breaking’ pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024.

Persekutuan Dance Sport Malaysia (MYDF) dalam satu kenyataan memaklumkan hanya dua peserta terbaik dalam kejohanan yang dianjurkan secara maya itu akan mewakili Malaysia pada Kejohanan Akhir WDSF (World Dance Sport Federation) Breaking World yang juga merupakan kejohanan kelayakan Olimpik di Paris, Perancis pada 4 Dis tahun ini.

Menurut MYDF, kesemua 16 peserta terpilih beraksi di peringkat akhir Ahad ini merupakan sebahagian daripada 116 penari  yang mengambil bahagian dalam pemilihan secara maya melalui rakaman video pada pusingan awal dijalankan baru-baru ini.

Mereka yang layak adalah tujuh peserta dari Kuala Lumpur iaitu Lego Sam, Kid Inn, Sora, Kid G, Neolil, Chigga dan Jayson; diikuti Jun, Match Q, Geecy dan XF (Johor); Jmike dan Airz (Sarawak) Pitt Den (Pulau Pinang); Khenobu (Sabah) serta Kidkiat (Selangor).

Sora. Gambar Fail
Sora. Gambar Fail

Kejohanan itu juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube UNC TV pukul 8 malam, Ahad ini.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada Disember lepas secara rasmi mengumumkan bahawa sukan ‘breaking’, satu bentuk tarian 'breakdancing' yang kompetitif, tersenarai untuk dipertandingkan di Paris 2024. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN