Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sora Berguru Di New York Demi Emas Olimpik 2024

Penari hip hop dari Negeri di Bawah Bayu ini sudah lama pasang impian untuk beraksi di gelanggang Olimpik.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 1:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masih segar dalam ingatan, sewaktu berusia 12 tahun, penulis aktif dalam dunia tarian hip hop. 

Jika diimbas memori indah itu, hampir setiap hari, malah di sekolah juga penulis menari pada waktu rehat. Bahkan, kalau ada sahaja program sekolah, penulis menjadi orang pertama yang akan ke depan untuk mempersembahkan bakat.

Awal Ogos lalu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah mengumumkan sukan breaking atau breakdance akan dipertandingkan di Olimpik Paris 2024. Pastinya berita itu menjadi khabar gembira buat komuniti hip hop.

Mendengar khabar itu, penulis terasa seperti mahu mendaftar diri. Begitu pun, semangat dan energi sudah tidak serancak dahulu.

Penulis serahkan sahaja kepada para penari hip hop (yang biasanya digelar B-Boy dan B-Girl) sedia ada untuk mewakili negara ke temasya sukan berprestij itu.

Salah seorang B-Boy yang dimaksudkan adalah Sora atau nama penuhnya Mohd Firdaus Nawir, 23. Dia antara penari aktif yang bersorak kegembiraan tatkala mendengar pengumuman ini. Mana tidaknya, pelbagai pertandingan domestik dan antarabangsa sudah disertainya.

“Terasa baru semalam menonton program realiti tari 'Showdown 2010'. Pejam celik sudah 10 tahun saya dalam arena ini. Sejak dahulu lagi saya pasang impian untuk beraksi di gelanggang Olimpik. 

“Apabila IOC mengumumkan slot sukan menari ini akan dipertandingkan di Olimpik Paris 2024, saya tidak akan sia-siakan peluang keemasan ini. Saya akan mempersiapkan diri bagi mendapatkan tahap tubuh yang optimum,” katanya.

B-Boy Sora yang juga merupakan anggota kumpulan Wakaka Crew pernah memenangi pertandingan secara solo di Indonesia, Singapura, Sri Lanka, Vietnam, Budapest, Switzerland Tokyo dan Jerman.

Berkongsi persiapan ke sukan tumpuan dunia itu nanti, anak muda kelahiran Tawau, Sabah ini akan menyertai kelas tari BreakinMIA di New York, Amerika Syarikat.

“Saya ada masa tiga tahun lagi untuk melakukan persediaan rapi. Justeru itu, saya akan ke New York untuk menambah ilmu dan memperbaiki diri. BreakinMIA ada menyediakan kelas khusus untuk breaking.

“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dengan persekitaran dan rutin yang konsisten, saya akan lebih bersedia dan yakin. 

“Setakat menari untuk kekalkan momentum badan sahaja tidak cukup. Jadi, apabila mengikuti pengajian yang disediakan dengan adanya pakar tarian ini, tentulah saya akan serap energi dan kehebatan mereka,” tuturnya.

Ternyata keputusan berhijrah demi memburu ilmu bakal memberi imbuhan besar buat Sora kelak. 

Bercakap mengenai akademik, graduan Diploma Pengurusan Hotel ini tidak pernah menyesali apa sahaja bidang yang diceburinya. Biarpun segelintir berpendapat dia sepatutnya melebarkan sayap dalam industri yang dipelajari, Sora nyata punya pendirian berbeza.  

“Saya sudah menjalani latihan industri selama enam bulan selepas tamat pengajian. Boleh dikatakan saya sudah garap ilmu perhotelan dengan baik. Daripada seorang bellboy ke concierge dan food and beverage, semua saya sudah rasa. 

“Pengalaman itu boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Bagi saya breaking pun hospitaliti sebab saya menghiburkan penonton. Tiada kesalan saya tidak sambung belajar. 

“Ini kerana, sejak tamat pengajian saya fokus bergelar B-Boy dan sudah nampak hasilnya. Saya dapat beli dua motosikal Kawasaki KLX dan Modenas. Dengan duit menari juga saya dapat beli kereta,” katanya. 

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tidak siapa yang tahu. Begitulah peribahasa yang sepadan untuk digambarkan buat B-Boy Sora. Moga dia mampu mengharumkan nama Malaysia di Olimpik Paris 2024.

Dengan usaha komuniti hip hop untuk melakar nama negara di temasya sukan itu nanti, Kementerian Belia dan Sukan dapatlah menyalurkan bantuan dana sebagai pelaburan untuk menaik taraf pembangunan industri sukan breaking. - Getaran, 11 September 2021

 

PENCAPAIAN SORA

1) Juara ‘I Can See Your Voice’ (Penyamar).

2) Juri jemputan di Indonesia dan Jerman.

Semua gambar: Ihsan Sora dan Zulqarnain Abu Hassan
 

Isu Pada

Tony Eusoff Dan Zizi Kirana Terus Mara Ke Hadapan

11 Sep 2021

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi