web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Petugas Belum Lengkap Divaksin, Istana Budaya Tangguh Pementasan 

Pementasan langsung akan bermula Oktober ini berikutan hanya 70% kakitangan Istana Budaya lengkap dua dos vaksin selain ada di antaranya masih perlu bertugas di pusat pemberian vaksin bagi membantu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 8:30AM

Gambar: Istanabudaya.gov.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Istana Budaya hanya akan membuat pementasan secara langsung menjelang awal Oktober berikutan separuh kakitangannya masih belum lengkap dua dos vaksin, yang menjadi antara syarat kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) industri kreatif beroperasi semula mulai hari ini.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Zaiton Md Desa berkata selain faktor itu, kebanyakan kakitangannya masih perlu bertugas di pusat pemberian vaksin (PPV) bagi membantu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang berjalan.

Zaiton. Gambar: Muhammad Hazim Izam, Bernama
Zaiton. Gambar: Muhammad Hazim Izam, Bernama

“Setakat ini, hanya 70 peratus kakitangan kami telah lengkap dua dos vaksin. Atas faktor itu, buat sementara waktu, kami hanya boleh membuat persembahan secara rakaman dengan memberi keutamaan kepada program terbitan dalaman,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun katanya, kelonggaran yang diberikan membantu memudahkan pihaknya membuat perancangan pementasan seperti latihan dan perbincangan selain persediaan ruang premis mengikut SOP yang ditetapkan.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kelonggaran prosedur SOP Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi industri kreatif berdasarkan perbincangan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 pada 2 September lepas.

Persetujuan untuk memberi kelonggaran ini adalah tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara, termasuk hanya kepada penggiat, pekerja dan pengguna yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 serta kapasiti ruang premis yang dibenarkan.

Sementara itu, Presiden Kelab Malaysia Buskers (MYBC) Wady Hamdan menyifatkan pengumuman tersebut ibarat bulan jatuh ke riba sekali gus memberi motivasi kepada penghibur jalanan untuk terus berkarya walaupun hanya dibenarkan di dalam bangunan.

Wady berkata selain boleh beraksi semula, penghibur jalanan juga boleh menjana pendapatan di tempat lebih meluas termasuk pusat beli-belah dan restoran.

"Kelonggaran ini juga saya lihat sebagai penghargaan kepada peranan golongan busker yang bukan sekadar menghibur tetapi juga menyampaikan maklumat menerusi karya seni," katanya.

Turut senada, Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) Pansha dengan berkata kelonggaran itu dapat menceriakan semula sekali gus memberi kelegaan kepada warga seni yang telah lengkap menerima dua dos vaksin untuk meraih pendapatan sara hidup.

“Ia juga memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melepaskan tekanan hidup dengan berhibur bersama keluarga ke pawagam setelah sekian lama terpaksa duduk di rumah mematuhi SOP.

“Kami menyambut baik dan amat berterima kasih atas keprihatinan kerajaan terhadap warga seni dan membangunkan semula ekonomi industri kreatif yang telah teruk terjejas akibat pandemik COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) juga berharap agar semua ahlinya dapat bekerja semula dengan mematuhi semua SOP yang ditetapkan.

“Seniman menyambut baik pengumuman ini disebabkan kami telah berjuang untuk pembukaan semula industri kreatif sejak sekian lama,” menurut persatuan itu dalam hantaran menerusi Facebook rasminya.

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 tahun yang lalu

Istana Budaya Bawa Teater Muzikal Hang Li Po Ke Pentas Encore Melaka

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN