web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dondang Puitika Melaka Raikan Dekad Bahasa Kebangsaan Sempena Merdeka

Menghimpunkan pemain tersohor dalam industri seni berbahasa, Dondang Puitika Melaka menggabungkan seni berbahasa, budaya dan muzikalisasi puisi selama satu jam 30 minit.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 2:44PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi menyemarakkan Hari Kebangsaan serta meraikan Dekad Bahasa Kebangsaan bagi menyambut 70 tahun Ikatan Persuratan Melayu, sebuah acara yang dinamakan Dondang Puitika Melaka 2021 (DPM 2021) bakal diadakan pada 31 Ogos ini. 

Dianjurkan Meja Poedjangga (M) Ent bersama Ikatan Persuratan Melayu Melaka dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka (JKKN Melaka), DPM 2021 ini adalah sebuah persembahan secara virtual yang menggabungkan seni berbahasa, budaya dan muzikalisasi puisi. 

Ia menghimpunkan pemain tersohor dalam industri seni bahasa yang terdiri daripada Sasterawan Negara, Penyair Muda ASEAN, deklamator kebangsaan, penyair, penyanyi, pelakon dan pemuzik dalam sebuah persembahan berdurasi selama satu jam 30 minit menerusi laman Facebook dan saluran YouTube, JKKN Melaka.

Pengarah JKKN Melaka, Ezlina Alias berkata, DPM adalah adalah sebuah usaha untuk memperkasa dan mengantarabangsakan budaya dan sastera di dalam negara yang akan dibawa secara berterusan kepada belia dan masyarakat. 

Pengarah JKKN Melaka, Ezlina Alias
Pengarah JKKN Melaka, Ezlina Alias

“Ia juga dapat dijadikan wadah untuk mengeratkan hubungan masyarakat melalui puisi dan sastera, selain menggalakkan kegiatan seniman bahasa, sastera dan budaya yang terkesan akibat penularan krisis wabak pandemik COVID-19,” katanya. 

Pengisian utama DPM 2021 ialah Persembahan Khas yang membariskan dua orang penyair terkenal yang telah menerima Anugerah SEA WRITE 2010 (sebuah anugerah khas berprestij di Asia Tenggara) iaitu Zaen Kasturi, anak jati Kuala Sungai Baru, Melaka, serta Prof. Madya Dr. Lim Swee Tim. 

Prof. Madya Dr. Lim Swee Tim dan Zaen Kasturi
Prof. Madya Dr. Lim Swee Tim dan Zaen Kasturi

Turut membuat persembahan adalah Penyair Undangan Dr. Sastri Bakri (Indonesia), Umar Uzair (Selebriti Lagu Puisi), Lin Haslinaz, Asmidar, Aflieza Arshad (Deklamator Kebangsaan), Liza Yamin (Tokoh Penggerak Budaya Negeri Melaka), Adie Asraf (Penggiat Muda Dondang Sayang Melaka – juga anak Allahyarham Nyonya Tan), Isa Maarof, Mohd Noor, Idham, Malek dan Sufrei (kesemuanya Penyair Muda Negeri Melaka).

Adie Asraf dan Umar Uzair
Adie Asraf dan Umar Uzair

Selain itu, Sesi Webinar Mengenang Tokoh Sasterawan Melaka- Allahyarham Datuk Mohtar Yassin oleh Tuan Haj Razak Adam (Ketua 1 Ikatan Persuratan Melayu dan Tuan Hj Rani Embi (Tokoh Budaya Negeri Melaka 2016 dan Ketua II Ikatan Persuratan Melayu) turut diadakan. 

Disusuli dengan Sesi Webinar Perkembangan Sastera Budaya Negeri Melaka dengan ahli panel seperti Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr. Abd. Latiff Abu Bakar (Lembaga Bahasa Melayu Melaka), Datuk Wira Othman Mohd (Tokoh Persatuan Penulis Negeri Melaka) dan Tuan Hj. A. Razak Adam (Ikatan Persuratan Melayu). - Getaran, 26 Ogos 2021

Gambar: JKKN Melaka

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

2

Budaya 3 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

3

Budaya 3 minggu yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

4

Budaya 1 bulan yang lalu

'Rain Rave' Meriahkan KL Sempena Hari Pekerja, Perkukuh Pelancongan & Ekonomi Tempatan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN