web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sambutan Perayaan Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Brunei Yang Ke-75

Pasti ramai tidak tahu tentang gerai-gerai khas yang diadakan dua minggu sempena sambutan hari keputeraan Sultan Brunei. Minggu ini kami kongsikan sedikit info tentang acara ini.

Brunei Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2021 9:08AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena sambutan perayaan ulang tahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75, tahun ini Brunei telah mengadakan gerai perayaan di empat daerah utama negara tersebut. 

Gerai-gerai perayaan yang sering menjadi tumpuan ramai adalah di sekitar Bandar Seri Begawan.

Acara ini berlangsung sejak 15 Julai lalu sehingga 3 Ogos nanti. Mula beroperasi jam 5 petang hingga 10 malam, lebih 200 petak gerai telah disediakan untuk penjaja. 

Keadaan gerai di Bandar Seri Begawan
Keadaan gerai di Bandar Seri Begawan

Antara lokasi yang dikhaskan adalah di Kawasan Lapang Letak Kereta Jalan Bendahara berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja  dan beberapa jalan di Bandar Seri Begawan iaitu Jalan Pretty, Jalan Elizabeth 2 dan Jalan Pemancha.

Pelbagai barangan dijual sepanjang perayaan ini termasuklah makanan, minuman, pakaian, mainan dan banyak lagi. 

Salah seorang peniaga iaitu Siti Norhafizah Zulkarnain dari syarikat Al-Ghais menzahirkan rasa syukur dengan terkawalnya wabak COVID-19, dia dapat kembali berniaga dan sama-sama memeriahkan lagi suasana sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei.

Siti Norhafizah Zulkarnain berkongsi rasa syukur dapat sama-sama memeriahkan gerai perayaan tahun ini
Siti Norhafizah Zulkarnain berkongsi rasa syukur dapat sama-sama memeriahkan gerai perayaan tahun ini

Siti Norhafizah turut menjelaskan gerai dibuka tahun lepas tetapi agak terhad dan tiada acara pertas. Bagaimanapun, tahun ini kembali meriah kerana ada acara pentas dan pengunjung  juga ramai. 

Selain dapat menjana lebih pendapatan di musim perayaan ini, para pengusaha juga dapat berinteraksi dengan pelanggan seperti biasa serta meraih sokongan daripada pelanggan baru. 

Sementara itu, salah seorang pengunjung di gerai perayaan tersebut, Siti Rosatiyah Roslan berkata dia mengambil kesempatan ini untuk meluangkan masa berhibur bersama keluarga.

Siti Rosatiyah Roslan senang hati dapat bergembira dengan keluarga
Siti Rosatiyah Roslan senang hati dapat bergembira dengan keluarga

Di acara sebeginilah dia dapat bawa anak-anak bermain belon air di Padang Taman Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan dan seterusnya bermain aneka permainan yang disediakan di kawasan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. 

Pun begitu, dalam pada bergembira penjaja dan pengunjung mematuhi segala arahan Kementerian Kesihatan Brunei dalam usaha membendung penularan COVID-19. Bahkan semua yang terbabit dalam acara ini dikehendaki mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan Brunei.

Antaranya, pengusaha gerai dan pekerja mestilah sentiasa memakai pelitup muka, mereka yang tidak sihat dinasihatkan tidak berniaga, menjaga penjarakan sosial dan tidak meletakkan barang  jualan di luar tapak niaga yang sudah dikhaskan serta sentiasa menjaga kebersihan. 

Sementara itu, pengunjung pula perlu menjaga penjarakan sosial, menjaga kebersihan di tapak perniagaan dan persekitarannya dengan membuang sampah di tong sampah yang disediakan. Selain itu, mereka yang tidak sihat dinasihatkan tidak mengunjungi gerai perayaan sehingga benar-benar sembuh. - Getaran, 25 Julai 2021

Semua gambar: Normazlina M.D.

Isu Pada

Sweet Qismina Melakar Laluan Seni

24 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Sambutan Krismas Meriah Dengan Upacara Keagamaan, Aktiviti Bersama Keluarga

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Sambutan Hari Kebangsaan Meriah Di Seluruh Negara, Serlah Semangat Patriotik Rakyat

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Brunei Stabil, Perlukan Pemantauan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 2 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad