Berita Terkini

11 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Siapa Gerangan Macromalekule?

Kami berkenalan dengan jurugambar berbakat Brunei yang telah mengabadikan tangkapan gambar-gambar menakjubkan untuk penghias muka depan TARA minggu ini.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 9:50AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penghias muka hadapan edisi TARA semalam menyaksikan kolaborasi pertama Getaran dengan jurufoto dari Brunei Darussalam. Biarpun tiada kehadiran pasukan editorial ketika sesi fotografi berlangsung, namun bidikan kamera Macromalekule ternyata memikat pandangan mata. 

Pujian harus diberikan kepada jejaka berusia 28 tahun ini kerana berani mempertaruhkan arahan seni yang sedikit berbeza untuk penghias muka hadapan TARA edisi minggu ini. 

Macromalekule atau nama sebenarnya Abdul Malik Haji Abdul Razak dengan kerjasama pasukannya pasti berhasil membuatkan penyanyi, pencipta lagu dan pengacara, Fakhrul Razi tersenyum puas.

Dengan pengalaman yang ‘baru setahun jagung’ dalam dunia fotografi, pasti ada di kalangan anda yang tertanya-tanya siapa sebenarnya Macromalekule ini?

Adakah dia juga dikenali seperti Nelson Chong, Vincent Paul Yong, Bibo Aswan, Edmund Lee atau Pinography di negara kelahirannya? Untuk menjawab persoalan ini, jom sama-sama ikuti temu bual maya kami dengan bakat muda ini.

1) Boleh ceritakan latar belakang anda supaya pembaca di sini boleh mengenali anda dengan lebih jelas?

“Saya adalah lepasan graduan dari Universiti Brunei Darussalam pada 2016 dalam jurusan Sains Bioperubatan. Saya mula mempelajari bidang kreatif fotografi pada hujung 2016 menerusi platform YouTube.

“Untuk mengasah kemahiran atau ilmu yang saya pelajari daripada platform itu, saya beranikan diri merakam foto-foto untuk acara perkahwinan di kalangan ahli keluarga dan kawan-kawan.” 

2) Apa kisah di sebalik nama Macromalekule?

“Ketika saya mahu menukar nama profil Instagram, saya sedang mengulang kaji mata pelajaran Kimia untuk A Level dan ketika itu saya suka mengambil gambar dengan lensa makro yang dipakai di telefon bimbit.

“Jadi saya buat keputusan menggabungkan perkataan ‘macromolecule’ dengan nama saya sendiri, ‘Malik’ dan hasilnya ialah ‘Macromalekule’.”

3) Siapa anda di mata penggiat seni di Brunei atau bagaimana anda dikenali di Brunei?

“Saya dikenali ramai dengan nama ‘Strobist’ yang bermakna jurufoto yang bukan sahaja bijak memainkan cahaya ‘flash’, malah dengan warna-warni (color gels).”

4) Sepanjang karier anda, berapa banyak nama besar yang pernah mendapat sentuhan kreatif daripada anda? Siapa yang paling tidak boleh dilupakan dan mengapa?

“Antara artis-artis tempatan yang pernah berkolaborasi dengan saya ialah Fakhrul Razi, Ezah Hashim, dan Kip Hafizuddin. Namun, yang paling tidak dapat dilupakan dan mencabar adalah ketika penggambaran Fakhrul Razi bersama 1001 magazine.

“Mengapa saya katakan ia mencabar? Ini kerana ia perlu banyak bermain dengan artificial lighting. Saya perlu hasilkan foto-foto yang ada di moodboard yang disediakan oleh agensi terbabit. In the end, I was able to execute what they desired and they loved it!”

5) Dari mana anda sering mendapat inspirasi dan siapa lagenda fotografi yang menjadi idola?

“Semua inspirasi datangnya daripada majalah-majalah fotografi dan juga dari laman sosial YouTube.

“Kebanyakan majalah yang saya rujuk, mengajar saya cara yang betul menggunakan peralatan kamera berteknologi terkini dan tidak keterlaluan jika saya katakan ia berjaya membuatkan saya berfikir di luar kotak.

“Saya mengagumi @adamhague.photography, beliau merupakan jurufoto yang dipandang tinggi di Brunei ini. Jika bukan di kalangan warga tempatan, saya menggilai @johngressmedia.”

6) Terfikir untuk lebarkan sayap ke luar negara? Malaysia mungkin?

“InshaAllah pada masa akan datang. Mungkin dalam masa 3 – 5 tahun lagi. Masih banyak yang perlu saya pelajari untuk mempersiapkan diri untuk terbang tinggi.

“Secara peribadi, sudah pasti saya mahu mencipta nama di peringkat antarabangsa. Malaysia contohnya terkenal dengan jenama-jenama fesyen, manakala Indonesia pula masyhur dengan industri fotografi perkahwinan. Kedua-dua cabang fotografi ini semestinya menarik minat saya.”

7) Apa pencapaian terbesar dalam karier anda?

One of the few things bagi saya, pencapaian terbesar adalah foto-foto hasil bidikan saya  pernah dipaparkan di billboard seluruh Brunei setelah diberi kepercayaan oleh salah sebuah syarikat telekomunikasi dan juga menghasilkan kulit muka hadapan album rakaman beberapa penyanyi popular di Brunei.

“Pencapaian seterusnya sudah tentulah foto-foto Fakhrul Razi yang dipamerkan dalam edisi digital majalah gaya hidup TARA.”

8) Kenapa anda memilih bidang ini sedangkan anda  adalah pelajar jurusan sains? Adakah kerana populariti atau ia memang datang dari hati?

“Saya memilih bidang ini adalah kerana hati, fotografi mendatangkan pelbagai kebaikan. Bukan hanya mampu menyimpan kenangan perkahwinan, malah it makes you have the power to make things more beautiful.”

9) Sejauh mana bidang fotografi berjaya mengubah kehidupan anda?

“Semuanya bermula sebagai hobi, saya hanya mengambil gambar secara suka-suka. Setelah tamat, belajar, saya menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam fotografi untuk menjana pendapatan.

“Ketika saya mengambil gambar di majlis-majlis perkahwinan dan acara korporat, saya berpeluang mengenali ramai orang. Bukan sahaja di kalangan ahli keluarga, malah syarikat-syarikat korporat dan akhirnya membuka jalan yang lebih luas.

“Selama hampir 6 tahun terlibat dalam bidang ini, saya mampu menyara diri dan keluarga dengan menjadikan fotografi sebagai kerjaya tetap.”

10) Nasihat atau tip untuk mereka yang mahu menceburi bidang fotografi.

“Bagi mereka yang ingin menceburi bidang fotografi, take it slow in learning basic photography. Saya sendiri pun bermula dengan banyak bereksperimentasi (‘trial-and error’) tentang fotografi dan jangan sekali-sekali malu dengan foto-foto yang dihasilkan.

Always get feedbacks from people so that you’ll learn from your mistakes and always learn new things about photography, especially the creativity part.”

Anda boleh mengintai akaun Instagram @macromalekule dan tobecaptured.co untuk melihat lebih banyak lagi foto-foto yang pernah dihasilkan oleh jejaka Brunei ini. - Getaran, 13 Jun 2021.

Semua gambar: Malik Razak

Isu Pada

Kembara Fakhrul Razi

12 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Pernikahan Putera Mateen, Dayang Anisha Berlangsung Hari Ini

2

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Filem Indonesia, Siksa Neraka Diharamkan Di Malaysia

3

Selebriti 3 bulan yang lalu

Istiadat Perkahwinan Diraja Putera Mateen, Anisha Sudah Bermula

4

Teknovasi 6 bulan yang lalu

Jurugambar Malaysia Menang Anugerah HONOR Magic Moments 2023

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut