web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Prince Mateen Berkahwin Januari 2024, Ramai Anak Dara 'Makan Hati'!

Istiadat perkahwinan Diraja akan berlangsung selama 10 hari bermula 7 Januari 2024 hingga 16 Januari 2024

Brunei Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2023 11:13AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Putera pujaan ramai, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen, 32, atau lebih dikenali sebagai Prince Mateen bakal melangsungkan perkahwinan pada Januari 2024.

Memetik laporan Radio Televisyen Brunei (RTB), Prince Mateen akan disatukan dengan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam dalam satu istiadat perkahwinan yang bakal berlangsung selama 10 hari. 

Istiadat akan dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari, diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari, Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja dan Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja pada 9 Januari, Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada 10 Januari, Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari.

Isitiadat diteruskan dengan Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pada 14 Januari; Majlis Persantapan Diraja pada 15 Januari; dan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.

Untuk pengetahuan semua, Prince Mateen merupakan anakanda kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Sementara Dayang Anisha merupakan cucu kepada penasihat sultan yang berpengaruh di Brunei Darussalam, Pehin Dato Haji Isa. Anisha sebelum ini tinggal di Bath, United Kingdom dan merupakan seorang gadis yang suka mengembara. 

Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam
Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam

Percintaan pasangan ini mula dihidu pada 2018 lalu. - Getaran, 8 Oktober 2023

Foto : Twitter

Berita Berkaitan

1

Selebriti 6 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

3

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

Sorotan

1

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

2

PRN JOHOR: SPR Siasat Imej Kertas Undi Bertanda Dikongsi Dalam Talian

3

DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

4

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

5

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

6

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

oleh Sophia Ahmad