web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


i-Sinar, i-Citra Tak Banyak Beri Impak Pada Pelaburan KWSP

Berita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 3:01PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program i-Sinar dan i-Citra, yang bertujuan untuk menyediakan pendapatan tambahan kepada ahli-ahli yang terkesan bagi memenuhi keperluan hidup mereka di tengah-tengah krisis pandemik sekarang, tidak banyak memberi impak kepada pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) buat masa ini.

Ketua Pegawai Strateginya Nurhisham Hussein berkata dana pencen itu mempunyai pelan dari segi menguruskan mudah tunai serta aliran tunai KWSP.         

“Kami menangani impak terhadap aliran tunai dan pelaburan. Kami memiliki tunai yang mencukupi bagi program ini. Ia tidak banyak menjejaskan pelaburan buat masa ini.  

“Jadi masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenai impak ke atas dividen (daripada program tersebut) - kerana dividen akan banyak dipengaruhi oleh prestasi pasaran. Kita masih ada masa lima bulan lagi. Kami perlu memberikan komitmen kepada itu,” katanya pada taklimat media maya mengenai perkembangan i-Citra, hari ini. 

Setakat ini bagi i-Sinar, Nurhisham berkata, sejumlah RM56.7 bilion telah dibayar daripada jumlah yang diluluskan sebanyak RM58.8 bilion.

Bagi program i-Citra, katanya, dengan anggaran pembayaran RM30 bilion, sejumlah RM2.3 bilion telah dikeluarkan daripada RM19 bilion amaun yang diluluskan daripada 4.57 juta permohonan.

Sementara itu, beliau berkata peruntukan aset strategik (SAA) KWSP mengambil kira krisis kewangan dan kegawatan pasaran yang akan membolehkan ia bertahan daripada sebarang kejutan atau ketidaktentuan ekonomi pada masa depan. 

“Kami sedar bahawa prestasi pasaran tempatan kurang memberangsangkan ketika ini tetapi pasaran antarabangsa mencatatkan prestasi yang sangat baik. Jadi ia akan mengimbangi isu prestasi. Dari segi pengurusan kelas aset dan keseluruhan portfolio pelaburan -- kami ada perancangannya. Setakat ini ia berjalan lancar.

“SAA akan disemak semula setiap tiga tahun. Kami mempunyai peruntukan praktikal, bergantung kepada keadaan pasaran. Tetapi ia disasarkan bagi portfolio dan bukan bagi keadaan turun dan naik dalam pasaran. Kami mempunyai portfolio pelaburan yang pelbagai sejak pertengahan 2013 dan ia banyak membantu kami,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Hanya 3 Peratus Rakyat Malaysia Mampu Tampung Persaraan - KWSP

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Tiada Keperluan, Jangan Ganggu Simpanan KWSP - Pakar

3

Semasa 5 tahun yang lalu

Desakan Hidup Kian Parah, Rakyat Rayu i-Sinar 2.0

4

Semasa 5 tahun yang lalu

RM19.45 Bilion I-Lestari Dan RM52.48 Bilion I-Sinar Diluluskan - Zafrul

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad