web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Buru Suspek Zalim Bunuh 'Oyen'

Berita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2023 8:12PM

Tangkap layar perbuatan kejam seorang lelaki terhadap seekor kucing yang dirakam CCTV sebuah kedai di Taman Rakyat, di Alor Setar. - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Polis Kedah kini giat mengesan seorang individu yang dirakam bertindak kejam terhadap seekor kucing di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Rakyat, di sini, Sabtu lalu.

Dalam rakaman yang kemudian tular di media sosial, seorang lelaki dilihat menghempas satu objek berat dipercayai batu, ke atas kucing berwarna jingga, menyebabkan haiwan itu menggelupur kesahitan sebelum mati.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superitenden Syed Basri Syed Ali berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada 28 September lalu kira-kira jam 11.30 malam.

Katanya, pihak polis menerima laporan dari orang awam berhubung tindakan kejam lelaki itu kira-kira jam 10.56 pagi keesokan harinya dan mendapati terdapat rakaman kamera litar tertutup dimuat naik seorang individu di laman media sosial 'X', semalam.

"Laporan dibuat orang awam itu menyatakan, kucing liar tersebut dilihat menggelupur dengan mulutnya berlumuran darah, dipercayai akibat dianiaya seorang lelaki tidak dikenali.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun, denda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

"Setakat ini siasatan masih berjalan dan pihak polis sedang berusaha mengesan suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menerusi klip video berdurasi 17 saat yang tular di media sosial, seorang individu dipercayai lelaki yang sedang menghisap rokok, secara tiba-tiba mendekati haiwan berkenaan yang sedang berehat di kaki lima.

Lelaki tersebut yang berseluar pendek serta memakai baju T lengan panjang, kemudiannya menghempaskan objek tersebut ke kepala haiwan berkenaan yang sedang melihat ke arahnya, sebelum berlalu pergi tanpa mempedulikan si 'Oyen' yang sedang menggelupur kesakitan.

Mengulas lanjut Syed Basri berkata, pihaknya menasihati semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan berhati-hati dalam menggunakan media sosial agar tidak mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.

"Pihak polis juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kes tersebut iaitu Inspektor Mohd. Khairolamin Khalid di talian 019-2585884," katanya. – Getaran, 1 Oktober 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek