web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Keluarga angkat' di Singapura Jadi Pengubat Rindu Posmen Malaysia

Berita Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 May 2021 1:59PM

Posmen warga Malaysia, Khairul Nazmi Othman dan Muhd Syakir Azman, bersama rakan sekerja di SingPost, Siti Sarah Karim. - Gambar BERITAmediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Semangat kekeluargaan yang dihulurkan pekerja Melayu, Islam di SingPost kepada rakan kerja mereka dari Malaysia cukup menyentuh perasaan.

Dua tahun beraya tanpa keluarga di sisi dek pandemik COVID-19, kehadiran keluarga angkat Singapura itu sedikit sebanyak mengubat rindu tidak dapat pulang beraya.

Sepanjang Ramadan ini, Siti Sarah Karim, Surati Kamat dan Mohd Haslan Shafie secara bergilir-gilir menyediakan hidangan berbuka puasa bagi rakan-rakan Malaysia mereka.

Menjelang Syawal minggu depan, seperti umat Islam lainnya mereka juga sibuk berbelanja di Pusat Kejiranan Bukit Gombak bagi persiapan Lebaran.

Namun di sebalik kesibukan itu, tersirat juga niat murni untuk menyediakan juadah Hari Raya, untuk rakan-rakan sekerja mereka dari Malaysia di syarikat SingPost yang tidak dapat pulang beraya.

Haslan, 41 tahun, berkongsi: "Sebab saya pun orang Malaysia, saya pun faham perasaan mereka jauh daripada isteri dan anak-anak. Nak berbuka puasa pun, nak cari lauk yang sedap pun susah juga, kita faham itu semua."

Isteri Haslan, Hamidah Nasrun, seorang rakyat Singapura menambah:

"Hari-hari biasa pun kami selalu kongsi makan, tapi sejak tahun lepas COVID-19, jadi kami kesian, beraya di rantauan, jadi kami masak untuk mereka juadah Hari Raya."

"Mereka terkilan, Hari Raya tak ke sana. Kalau nak ke sana, kena bayar. Mereka tak berkemampuan. Kalau nak bayar dalam S$2,000 lebih, mungkin rasa tak cukup, sebab gaji mereka pun tak besar mana, jadi ada simpati juga," kata pegawai pos Siti, 54 tahun.

Secara keseluruhannya, lebih 30 kakitangan Melayu, Islam, syarikat SingPost warga Malaysia terpaksa hidup terpisah dari keluarga pada Hari Raya nanti.

Ini gara-gara penutupan sempadan antara Malaysia dengan Singapura demi langkah membendung penularan COVID-19.

Lantaran itu, niat murni Siti dan rakan-rakan sekerja untuk memasak hidangan berbuka dan Hari Raya nanti sedikit sebanyak mengubat rindu mereka kepada keluarga.

Yang jelas, semangat kekeluargaan yang wujud antara mereka menjadikan Siti ibarat keluarga kedua bagi para posmen Muhammad Syakir Azman, 25 tahun, dan Khairul Nazmi Othman, 33 tahun.

Khairul yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 6 tahun meluahkan: "Perasaannya memang sangat kecewa, pasal COVID-19 ini, dah dua kali Raya berturut-turut tak dapat balik, tapi adanya keluarga kedua Kak Siti membantu memberi juadah Hari Raya, kurang sikit rasa kecewanya untuk beraya jauh daripada keluarga."

Khairul yang juga mempunyai anak perempuan dua tahun pula berkongsi beliau semestinya rindu dengan ketupat, lemang dan ayam masak merah.

"Tapi bila Kak Siti bagi itu, hilanglah benda itu semua, dapat rasa juga benda-benda itu semua, tapi cuma rindu air tangan isteri, rindu air tangan mak ayah, tapi nak buat macam mana terpaksa bersabar sajalah di sini," katanya.

Bagi Siti dan rakan-rakan beliau, mereka bersyukur dapat memberi secebis keriangan dan sokongan kepada rakan-rakan kerja Malaysia mereka sepanjang Ramadan dan Syawal ini. - BERITAmediacorp/tq
 

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad