Berita Terkini

19 minit yang lalu: Kerajaan disaran terus gubal dasar bantu golongan B40 20 minit yang lalu: PRU-15 : Peratus keluar mengundi secara keseluruhan sebanyak 74.71 peratus - Pengerusi SPR 22 minit yang lalu: Azman mahu bawa aspirasi dan suara rakyat Padang Serai, jadi pembangkang berwibawa 24 minit yang lalu: SPR lihat kemungkinana panjangkan tempoh melebihi 60 hari untuk adakan pilihan raya 8 jam yang lalu: Kos pilihan raya yang akan diadakan di 6 negeri secara serentak lebih kurang RM450 juta - Pengerusi SPR

IKUTI KAMI


Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Tema PRU-15, Kenaikan Kukuh Berterusan Di Wall ST

Berita Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 10:58AM

Pada 9 pagi tadi indeks barometer itu dibuka 3.16 mata lebih tinggi kepada 1,447.57. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia meningkat semula untuk mencatatkan dagangan lebih tinggi pada Rabu, didorong minat belian yang dicetuskan oleh keadaan pilihan raya selain kenaikan berterusan di Wall Street apabila banyak korporat melaporkan keuntungan yang lebih kukuh berbanding jangkaan.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.97 mata kepada 1,449.38 selepas lapan minit dagangan, daripada 1,444.41 ketika ditutup pada Selasa.

Pada 9 pagi, indeks barometer itu dibuka 3.16 mata lebih tinggi kepada 1,447.57.

Keseluruhan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 166 berbanding 94, manakala 221 kaunter tidak berubah, 1,883 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 122.23 juta unit bernilai RM65.19 bilion.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pelabur sedang menyesuai dengan tema Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), manakala pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih sejak beberapa hari lepas.

“Sektor telekomunikasi dan media mungkin terus kekal aktif dengan pelaksanaan 5G yang berterusan sementara menunggu pembentangan semula Belanjawan 2023.

“Bagi tema pilihan raya, kami memilih saham pembinaan, bahan binaan serta perbankan tertentu. Sementara itu, sektor teknologi mungkin menjejaki kenaikan kukuh di Nasdaq dalam tempoh semalaman,” jelasnya dalam nota penyelidikan pada Rabu.

Kaunter berkaitan komoditi juga dijangkakan menjadi tumpuan memandangkan minyak mentah diniagakan melebihi US$93 setong, manakala harga minyak sawit mentah (MSM) bergerak melebihi RM4,150 satu tan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street juga mencatatkan kenaikan susulan wujudnya harapan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) akan kurang agresif dalam menaikkan kadar faedahnya ekoran terdapat tanda bahawa ekonomi AS mengalami penurunan inflasi.

Pasaran saham AS juga menerima rangsangan daripada peserta utama apabila Coca-Cola, General Motors dan Microsoft mencatatkan pendapatan korporat yang lebih kukuh berbanding jangkaan.

Di peringkat tempatan Maybank naik enam sen kepada RM8.74, Sime Darby Plantation menokok lima sen kepada RM4.47, PPB melonjak 20 sen kepada RM16.80 manakala Axiata dan Maxis masing-masing meningkat tiga sen kepada RM2.77 dan RM3.60.

Bagi saham aktif, Betamek yang baru disenaraikan meningkat 26 sen kepada 76 sen, Yee Lee Pacific menokok 2.5 sen kepada 31 sen dan MAG naik setengah sen pada 18 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 29.04 mata kepada 10,257.43; FBM 70 menambah 13.89 mata kepada 12,121.28 dan Indeks FBMT 100 naik 29 mata kepada 10,003.82.

Indeks FBM Emas Syariah naik 29.08 mata kepada 10,241.20 dan FBM ACE menambah 12.24 mata kepada 4,842.84.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 37.76 mata kepada 16,542.93; Indeks Tenaga naik 2.92 mata kepada 681.28; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.29 mata kepada 175.38 serta Indeks Perladangan menambah 20.33 mata kepada 6,812.41. - Bernama

Sorotan

1

Harga Petrol RON97 Turun 10 Sen, RON95 dan Diesel Kekal

2

Jawa Barat: 3 Anggota Polis Cedera Angkara Pengebom Bunuh Diri

3

Majalah TIME Namakan Michelle Yeoh Sebagai ‘Icon Of The Year’

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PRU-15: Segelintir Pengundi Di Padang Serai Tidak Tahu Calon Tarik Diri

Semasa 20 jam yang lalu

LRT Tergendala Lagi, Pengguna Kecewa Kejadian Sama Berulang

oleh Susan Albert

Semasa 15 jam yang lalu

Program ‘Miracle Baby’ Bantu Kanak-Kanak Sakit Jantung

Semasa 14 jam yang lalu

Usaha Asing Kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya Bermula, ‘Harap Membuahkan Hasil’ - Azalina

oleh Susan Albert