web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penanggung Insurans Sedia Bantu Mangsa Banjir Percepat Tuntutan - PIAM

Berita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2021 5:43PM

PIAM nasihat pemegang polisi menghubungi syarikat insurans atau ejen masing-masing untuk membantu mereka membuat tuntutan. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) berkata penyedia insurans telah membuat pengecualian tertentu untuk mempercepatkan penyelesaian tuntutan yang dibuat oleh mangsa banjir.

Pengerusi Antony Lee Fook Weng berkata ini termasuk mengetepikan keperluan untuk laporan polis, menubuhkan talian hotline tambahan dan menyediakan pelaras kerugian di tempat kejadian.

“Kami sebenarnya sedang mengeluarkan beberapa keperluan tertentu. Sesetengah syarikat insurans juga boleh memberi wang tunai kecemasan dengan segera. Dalam sesetengah kes, sehingga RM5,000 (diberikan) bergantung kepada polisi (yang mendapat perlindungan banjir), tanpa perlu melalui proses penuh (tuntutan) kerana kami faham ketika ini, wang tunai diperlukan dengan segera,” katanya dalam program The Brief terbitan Bernama TV hari ini.

Lee sehubungan itu menasihati pemegang polisi untuk menghubungi syarikat insurans atau ejen masing-masing bagi membantu mereka, namun beliau memberi amaran bahawa mungkin terdapat beberapa kelewatan dalam menyelesaikan tuntutan, tetapi tuntutan itu akan cuba diselesaikan dalam masa terdekat.

Beliau berkata penyedia insurans sudah bersedia untuk menghadapi bencana seperti ini walaupun banjir baru-baru ini berada pada skala yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Penanggung insurans juga telah menggerakkan pasukan tuntutan mereka ke kawasan banjir yang terjejas berkuat kuasa serta-merta, katanya.

Beliau turut menasihatkan pemegang polisi untuk menyemak semula perlindungan mereka kerana perlindungan banjir adalah pilihan di bawah polisi kebakaran dan kenderaan motor standard. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

5

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

6

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar