web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perang Poster Elektronik Norma Baharu

Berita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 2:46PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kabinet kitar semula dan pelantikan politik tanpa merit berkemungkinan besar akan menamatkan gencatan senjata politik pihak pembangkang dan kerajaan lebih awal dan membawa kepada pembubaran parlimen. Jika sebelum ini pemerhati politik meramalkan pilihanraya cuma akan berlaku selepas Julai 2022, sekarang berlegar desas-desus ia bakal diadakan seawal hujung tahun ini, serentak dengan pilihanraya negeri Sarawak.

Pada kadar vaksinasi 100% dos lengkap penduduk dewasa di Malaysia yang dijangkakan siap pada akhir Oktober, kita akan memulakan norma baharu pada era endemik dan mengadakan pilihanraya bukanlah pilihan yang mustahil. Kini parti politik harus meramal dan bersedia menghadapi kempen pilihanraya yang tidak pernah dibuat orang sebelum ini. Pilihanraya bersama COVID.

 Kita jangka sebarang perhimpunan besar seperti ceramah perdana atau majlis pemimpin bertemu rakyat tidak lagi dibenarkan. Malah, perang poster juga mungkin jauh lebih dingin memandangkan rakyat hanya akan keluar rumah jika perlu.

Alternatif paling ampuh ialah perang rayu undi melalui media elektronik dan media sosial. Mesej akan dihantar terus ke ruang tamu atau dalam genggaman tangan pengundi melalui bentuk paling kreatif bagi merebut perhatian dan simpati sasaran.

Namun usaha ke arah itu harus bermula sekarang, agar tidak mengejutkan pengundi dengan ‘tiba-tiba muncul’ dan nampak sangat tidak ikhlas.

Ini sesuai untuk platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Namun formula ini bukan sesuai untuk semua, terutamanya kerusi luar bandar yang mempunyai akses internet yang terhad.

Produk yang bagus tidak laku jika pembeli tidak tahu kewujudannya. Cabaran untuk menyampaikan maklumat ke luar bandar haruslah berdasarkan realiti kehidupan mereka; internet yang perlahan, data terhad dan peranti yang bukan dari model terkini. Ini ialah kesimpulan yang selamat, namun bukanlah benar-benar tepat.

Paling ideal mesej dihantar dalam bentuk teks yang ditulis dengan format mudah baca, pendek dan jelas. Jika poster atau video, fail tidak terlalu besar iaitu kurang dari 16MB (atau 2 hingga ke 3 minit mengikut resolusi imej) bagi memudahkan ianya boleh disebarkan melalui aplikasi Whatsapp. Ini memudahkan proses penularan untuk berlaku.

Adakah televisyen yang dimonopoli parti pemerintah akan memainkan peranan penting untuk pengundi luar bandar? Ini sudah pasti, tapi hanya untuk golongan umur tua.

Berita TV tidak lagi menjadi sumber perdana untuk mendapatkan maklumat untuk pengundi muda celik IT.

Ketibaan saluran berbayar (ada juga yang percuma hasil lanun-lanun siber) membuatkan kebergantungan untuk mendapatkan hiburan dan berita dari media tradisional ini semakin terhakis.

Apa pun kita bakal menyaksikan lambakkan maklumat sehingga melimpah ruah dan penerima pastinya termuntah-muntah jika cuba menghadam apa yang dihidangkan kepada mereka.

Mesej yang bertubi-tubi, dan kemungkinan pencerobohan peribadi mungkin saja berlaku bila tiada kesederhanaan dalam mengatur kempen di media sosial.

Maestro bukan saja perlu mengawal ahli orkestra, nada dan alunan muzik, tapi juga menjaga hati pendengar agar mendapat pulangan yang dikehendaki; iaitu sebanyak mungkin kertas undi. - Getaran, 9 September 2021

Zulfadzli Halim ialah seorang bekas jurutera sebelum COVID. Kini berkicauan di Twitter menggunakan nama @bumilangit kerana tak cukup kacak untuk TikTok.

Berita Berkaitan

1

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad