web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KHIDMAT, AMK Sedia Hulur Bantuan Banjir, Sasar 10,000 Sukarelawan Turun Pandang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 10:25PM

Ahli AMK dan KHIDMAT bergambar di Majlis Pelancaran Khidmat Malaysia dan Laskar Bencana AMK di Ibu Pejabat PKR, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) dan Khidmat Malaysia (KHIDMAT) meletakkan keutamaan serta sepenuh komitmen dalam memastikan persediaan menghadapi banjir diperkemas dengan menyasarkan 10,000 sukarelawan akan terbabit dalam misi berkenaan.

Menurut Ketua Koordinator KHIDMAT, Nabil Halimi, kerjasama kedua-dua belah pihak dalam berdepan bencana banjir dengan koordinasi tersusun dan berstruktur adalah amat penting.

Nabil Halimi
Nabil Halimi

“Bantuan pra bencana akan diusahakan AMK melalui kit persediaan asas banjir, manakala KHIDMAT menawarkan bantuan menerusi FOOD BANK dan bantuan di pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Khidmat Malaysia dan Laskar Bencana AMK di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Antara barang disediakan di dalam kit asas banjir tersebut ialah jaket keselamatan, lampu suluh, power bank, air, ‘power bar’, ubat, tuala wanita, wisel dan bag kalis air.

Timbalan Koordinator KHIDMAT, Nadia Nazri pula berkata, bantuan di peringkat pasca bencana disediakan pihaknya bukan sahaja membabitkan inisiatif mencuci kawasan, malah sokongan emosi dan kaunseling kepada mangsa banjir.

Nadia Nazri
Nadia Nazri

“Menerusi pengalaman kami di lapangan pada banjir tahun lalu, kita melihat kesan emosi dan psikologi yang cukup mendalam buat mangsa banjir sehingga ada mengalami kemurungan, trauma serta kegelisahan.

“Jadi intervensi ini penting bagi membantu mangsa memulihkan emosi dan mengurangkan tekanan,” katanya.  

Manakala, menurut penyelaras KHIDMAT, Danis Hairudin, seramai 40 sukarelawan menamatkan latihan kursus Surf Rescue bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor semalam.

Danis Hairudin
Danis Hairudin

“Mereka ini ada kelulusan dan kelayakan melakukan proses menyelamatkan mangsa ketika banjir dan akan menjadi orang pertama sampai ke kawasan bencana,” ujarnya.

Danis juga menekankan bahawa penting untuk koordinasi dilakukan kepada semua badan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang terlibat supaya tidak berlaku lambakan barang bantuan dan sukarelawan di satu tempat, selain menjamin keselamatan sukarelawan itu sendiri.

“Ini juga melibatkan soal keselamatan sukarelawan kerana ketika banjir pada Disember 2021, terdapat seorang sukarelawan kehilangan nyawa semasa cuba membantu.

“Ini disebabkan pada masa itu keadaan sangat tidak teratur dan di luar jangka.

“Jadi pada kali ini, kita sudah lebih bersedia dengan mengikuti ramalan cuaca dikeluarkan seawal September,” katanya. - Getaran, 18 Oktober 2022

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 4 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar