web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selamat Hari Gawai - Lagu Iban, Richah Gawai Ciptaan Dan Nyanyian Ramles Walter Trending Nombor Satu Di YouTube 

Lagu berjudul Richah Gawai ciptaan dan nyanyian Ramles Walter yang dihasilkan sempena sambutan perayaan Hari Gawai Dayak di Sarawak bermula hari ini dan esok telah pun meraih kedudukan trending nombor satu di YouTube. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 10:00AM

Gambar tangkap layar YouTube

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memang tidak dapat dinafikan, bahawa industri rakaman muzik Malaysia yang selama ini berpusat di Kuala Lumpur sebahagian besarnya terbentuk daripada pasaran muzik Melayu. Disebabkan itu, pasaran muzik Melayu lebih banyak mendominasi industri muzik tanah air kita. 

Ia kemudian disusuli dengan pasaran muzik yang lebih kecil untuk lagu-lagu yang dihasilkan dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil. 

Di bumi Kenyalang, Sarawak, pasaran muzik Iban nampaknya semakin besar dan semakin meriah berbanding 10 tahun lalu dan sudah ada lagu Iban tempatan yang mencapai status trending di YouTube sebelum ini. 

Terbaharu, lagu berjudul Richah Gawai ciptaan dan nyanyian Ramles Walter yang dihasilkan sempena sambutan perayaan Hari Gawai Dayak di Sarawak bermula hari ini dan esok telah pun meraih kedudukan trending nombor satu di YouTube. 

Sejak ia dilancarkan di platform sosial media tersebut kira-kira 11 hari yang lalu, lagu Richah Gawai itu telah mencapai tontonan sebanyak 756 ribu. 

Satu pencapaian yang cukup baik buat Ramles Walter dan penyanyi yang juga komposer lagu-lagu  Iban tempatan ini  sememangnya mempunyai  pengikut yang ramai. 

Kejayaan lagu Richah Gawai yang mencapai trending nombor satu di YouTube itu diraikan dengan penuh kegembiraan oleh peminat-peminatnya. 

Rata-rata mengharapkan lagu itu akan terus kekal trending di tangga nombor satu dan berjaya meraih 1 hari 15 ribu likes. 

Bahkan, ada juga  mengharapkan lagu Iban tempatan akan terus meraih kejayaan sebegitu dan industri muzik Iban secara keseluruhannya akan terus maju dan berkembang.

Gambar tangkap layar YouTube
Gambar tangkap layar YouTube

Adakah itu mustahil? Rasanya tidak! Kerana ini bukanlah lagu pertama Ramles Walter yang trending di YouTube. Sebelum itu, sudah ada pun lagu ciptaan dan nyanyiannya yang mencapai status trending.  

Bahkan lagu-lagunya yang pernah dihasilkan tahun lalu seperti Aram Begawai meraih tontonan sebanyak 8.1 juta, Ensiban (8.4 juta) , hey Kumang (5.7 juta). Tahniah Ramles Walter! 

Apapu di kesempatan ini, Getaran ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Dayak di Sarawak yang meraikan serta merayakannya. Gayu Guru Gerau Nyamai! 

Selamat menyambut Pesta Kaamatan juga buat masyarakat Kadazan-Dusun, Murut, Rungus dan Lundayeh  di Sabah. ‘Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan’  – Getaran, 31 Mei 2023

 

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Muzik 15 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.