web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nuansa Peradaban Arab Lama di Muzium Al Amoudi, Arab Saudi

Sehari terpesona melihat artifak bersejarah di muzium pinggir gurun, sempadan Jeddah – Makkah.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 12:27PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengenang kembali keberangkatan saya bersama keluarga ke Arab Saudi pada penghujung 2019, rombongan kami bolehlah dikategorikan sebagai bertuah kerana sempat mengerjakan Umrah sebelum wabak COVID-19 membadai seluruh dunia pada 2020.

Selain Masjid al-Haram dan bangunan Kaabah itu sendiri, sebenarnya ada banyak lagi lokasi tersembunyi yang ramai tidak tahu kewujudannya di kota suci Makkah ini. Antaranya adalah Muzium Al Amoudi yang terletak di daerah El Shimeisi, sempadan Jeddah-Makkah.

Paling saya suka tentang muzium ini, ia bukanlah seperti muzium konvensional yang lain. Bahkan, tidaklah terkenal seperti Muzium Makkah atau Muzium Menara Jam tetapi Muzium Al Amoudi punya keunikan tersendiri.

Dari luar, Muzium Al Amoudi dibina seperti kubu Arab lama dan berwarna coklat seperti kebanyakan bangunan di sini. Khabarnya, dinding muzium ini dibina dengan cara tradisional iaitu campuran lumpur, jerami pelepah kurma dan susu persis rumah tradisional Arab masa lalu.

Dikelolai 100 peratus oleh swasta, muzium ini tidak besar dan hanya berkeluasan 2000 meter persegi lengkap berpagar. Ia dibangunkan oleh seorang usahawan bernama Abu Bakr Al Amoudi pada 1993. Setiap seksyen muzium mempamerkan zaman yang berbeza di Arab Saudi.

Istimewanya, tidak seperti muzium lain, premis ini membenarkan pengunjung menyentuh artifak yang dipamerkan. Anda juga boleh mencuba busana dan aksesori tradisional masyarakat Saudi yang disediakan, khusus untuk sesi bergambar kenang-kenangan.

Paling saya suka bahagian tentera Saudi kerana dapat  memegang senapang lama dan pedang langka zaman Arab purba. Kebetulan, saya memakai Baju Melayu berwarna hijau zaitun, sama seperti baju seragam tentera mereka.

Di bahagian luar muzium pula, anda dapat melihat pelbagai bentuk dan hiasan dalaman kediaman orang Arab. Terdapat juga replika kedai-kedai mini seperti warung, kedai runcit dan kedai buku yang selalu ada di desa-desa Arab Saudi, boleh anda lawati. Ada juga fosil dinosor!

Ramai rombongan Umrah, terutamanya dari Malaysia dan Indonesia berkunjung ke muzium ini. Oh, sebelum terlupa petugas muziumnya sangat ramah dan pandai berbahasa Melayu. Anda bakal terhibur dengan tingkahnya yang bersahaja dan lucu. Pandai juga orang Arab bercanda!

Tiket hanya berharga RM3.50 atau 3 Saudi Riyal (pada masa itu) sahaja, mengunjungi Muzium Al Amoudi sangat berbaloi. Anda bukan sahaja dapat melihat artifak-artifak bersejarah, malah dapat berinteraksi secara langsung dan mempelajari budaya Arab Saudi yang misteri ini di sini.

Terkenang kembali memori-memori kembara sebelum COVID-19 sungguh mengesankan. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Ilahi, supaya mengangkat bencana ini dari muka bumi. Dapatlah kita bersama-sama menjejak kaki di Tanah Suci ini nanti. Amin. – Getaran, 15 Julai 2021

Foto: Zaidi Che

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Haji: Pneumonia Penyakit Utama Dikesan, Petugas Perubatan Hadapi Fasa Getir Menjelang Masyair

2

Semasa 11 bulan yang lalu

11 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Setakat Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Akibat Serangan Jantung

4

Semasa 1 tahun yang lalu

5,526 Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Suci - Ketua Rombongan

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini