web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siapakah Yang Bakal Jadi Juara Final MLM 2021? 

Tiro, Boro, Bahye, Puteh dan Tobat Bakal bersaing dengan melontarkan peluru komedi dan 'punchline' hebat untuk merebat gelaran juara dan wang tunai RM500,000. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 5:19PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Debaran makin dirasai terutama buat Tiro, Boro, Bahye, Puteh dan Tobat yang bakal bertanding dalam final pertandingan realiti komedi, Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021), malam ini. 

Kelima-lima kumpulan ini perlu bersiap sedia dengan peluru komedi dan punchline terhebat untuk persembahan final mereka kelak bagi memastikan hadiah kemenangan sebanyak RM500,000 menjadi milik mereka.

Sudah pasti, setiap kumpulan sibuk membuat persiapan menjelang persembahan final pada malam ini dengan pelbagai kejutan menanti penonton. 

Terdahulu, minggu separuh akhir MLM2021 menyaksikan kumpulan OTAI yang dianggotai tiga pemain senior, Azlee (Senario), Achong dan Ieda Moin tersingkir kerana berada dikedudukan tercorot dengan markah keseluruhan sebanyak 38.66%. 

TIRO
TIRO

Ternyata salah satu tema yang diberikan pada minggu tersebut iaitu Konti Radio dilihat agak mencabar buat setiap peserta kerana masing-masing dilihat tidak berjaya memenangi hati barisan juri, termasuklah Sang Bara. 

Namun begitu, tugasan untuk tema kedua, Hobi bersama selebriti jemputan menyaksikan setiap kumpulan peserta bangkit semula dan berjaya mempamerkan persembahan yang lebih menghiburkan, di mana beberapa kumpulan berjaya meraih 5 Ha dari barisan juri!

Bahye yang dianggotai Zahid Baharudin, Nizam Jentik-Jentik dan Shashic Iewan berada di kedudukan pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 59.33 peratus, sekali gus diumumkan sebagai pemenang ‘Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat’. 

Bahye
Bahye

Puteh (Mamak, Ali dan Vicha) berada di tangga kedua dengan markah 58.93 peratus, kumpulan Tobat (Bell Ngasri, Ropie dan Ajak) 58.92 peratus, BORO (Achey, Fad dan Atu)  57.19 peratus, manakala kumpulan TIRO (Danial Zain, Sharif dan Syaiful) pula dengan kedudukan markah sebanyak 56.16 peratus. 

Bagaimana pula dengan persembahan mereka pada malam ini? Mampukah kelima-lima kumpulan ini menawan hati barisan juri tetap MLM 2021 yang terdiri daripada Datuk Rosyam Nor selaku ketua juri, Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose.

Kumpulan manakah yang akan diumumkan sebagai Juara MLM 2021, sekali gus membawa pulang wang kemenangan RM500,000.

Adakah kumpulan TIRO atau BORO yang jadi kumpulan kegemaran ramai? Ataupun Puteh yang sentiasa menampilkan lawak-lawak luar dari kebiasaan? 

Ataupun Tobat, kumpulan yang pada mulanya hadir dengan palitan kontroversi dan kini dilihat kerap tampil dengan persaingan sengit. Atau mungkinkah barangkali kumpulan ‘underdog’, Bahye?

Apakah indentiti Juri Misteri, Sang Bara akan diumumkan di pentas akhir MLM2021? Segalanya akan terjawab malam ini.


Gambar: Astro

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Malam Komedi ‘Live, Love, And Laugh’ Untuk Bertemu Kenalan Baru, Mungkin Juga Bertemu Jodoh

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

“Kita Pentingkan Bahasa Melayu Sepenuhnya” – Afdlin Shauki, Drama ‘AI.5YA’ Gabung Komedi, Sci-fi

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Selepas Diserang Virus Latah, Penduduk Kampung Latah ‘Kecoh’ Dikejar Mumia Pula 

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Polis Sahkan Laporan Pemilik Kelab Komedi Terima Ugutan

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Selebriti 21 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN