web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sukan Olimpik Tokyo 2020 Buka Tirai, Lebih 11,000 Atlet Bertanding

Video & Galeri Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 11:00AM

Lee Zii Jia mengetuai kontinjen Malaysia pada Majlis Perasmian Sukan Olimpik Tokyo 2020, malam tadi. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sukan Olimpik Tokyo 2020, bermula secara rasminya dan menyaksikan seramai 11,656 atlet daripada 206 kontinjen mengambil bahagian.

Malam tadi, upacara perasmian sukan berkenaan diadakan tanpa penonton namun ia tetap berlangsung secara gemilang dengan diiringi persembahan kebudayaan Jepun.

Sukan itu secara rasminya diisytiharkan pembukaannya oleh Maharaja Jepun Naruhito, disaksikan oleh pemimpin dunia dan tokoh terkemuka termasuk Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Wanita Pertama Amerika Syarikat Jill Biden.

Sementara Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach dalam ucapannya pula menekankan kepada kesepakatan dan perpaduan yang boleh dicapai menerusi sukan selain menggambarkan Olimpik  sebagai 'detik harapan' di sebalik pandemik COVID-19.

Manakala pemain tenis Jepun, Naomi Osaka diberikan tugas untuk menyalakan kawah Olimpik. Ia merupakan penampilan pertama Naomi di khalayak ramai sejak menarik diri daripada Terbuka Perancis pada Mei lalu.

Kontinjen Malaysia seramai 13 peserta diketuai pemain badminton Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying sebagai pembawa Jalur Gemilang, merupakan negara ke-177 berarak masuk ke stadium. - Gambar AFP
Kontinjen Malaysia seramai 13 peserta diketuai pemain badminton Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying sebagai pembawa Jalur Gemilang, merupakan negara ke-177 berarak masuk ke stadium. - Gambar AFP
Pemain tenis Jepun yang juga juara perseorangan wanita tenis Grand Slam empat kali Naomi Osaka menyalakan kawah pada majlis perasmian Sukan Olimpik Tokyo 2020, malam tadi. - Gambar AFP
Pemain tenis Jepun yang juga juara perseorangan wanita tenis Grand Slam empat kali Naomi Osaka menyalakan kawah pada majlis perasmian Sukan Olimpik Tokyo 2020, malam tadi. - Gambar AFP
Bagi menghargai pengorbanan petugas kesihatan, doktor dan jururawat turut diberi peluang untuk membawa obor Sukan Olimpik Tokyo 2020. - Gambar AFP
Bagi menghargai pengorbanan petugas kesihatan, doktor dan jururawat turut diberi peluang untuk membawa obor Sukan Olimpik Tokyo 2020. - Gambar AFP
Percikan bunga api menerangi Stadium Olimpik sempena pelancaran Sukan Olimpik Tokyo 2020, malam tadi. - Gambar AFP
Percikan bunga api menerangi Stadium Olimpik sempena pelancaran Sukan Olimpik Tokyo 2020, malam tadi. - Gambar AFP
Bunga api dinyalakan bagi menandakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula dengan rasminya. - Gambar AFP
Bunga api dinyalakan bagi menandakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula dengan rasminya. - Gambar AFP
Bendera Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dikibarkan pada majlis perasmian Sukan Olimpik Tokyo 2020, malam tadi. - Gambar AFP
Bendera Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dikibarkan pada majlis perasmian Sukan Olimpik Tokyo 2020, malam tadi. - Gambar AFP

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 20 jam yang lalu

Wanita Dicabul Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Tempat Kerja 

oleh Sophia Ahmad