web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


[FOTO] Sambutan Tahun Baharu Cina

Video & Galeri Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2021 10:15AM

Pemilik Pusat Seni Tarian Singa dan Naga Xuan Gang Pulau Pinang, Lim Kok Wei (kanan) and isteri, Lim Kai Poh, akur dengan SOP semasa PKP 2.0.

oleh

Kru Visual

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perayaan Tahun Baharu Cina kali ini pastinya berbeza kepada masyarakat Tionghua kerana ia disambut dalam suasana norma baharu.

Sama seperti perayaan lain pada tahun lepas, Tahun Baharu Cina yang disambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini pastinya menuntut semua pihak untuk mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Namun mujurlah kerajaan memberikan sedikit kelonggaran dengan membenarkan ahli keluarga yang tinggal berdekatan, tidak melebihi 15 orang untuk menghadiri  upacara `makan besar' memandangkan ia adalah adat masyarakat Cina yang paling penting sepanjang tahun.

Meskipun sanak saudara yang berada di negeri lain tidak dapat bersama-sama meraikannya namun semangat tetap ada untuk mereka membuat persiapan awal.

Jurufoto Getaran, SAIRIEN NAFIS, SADIQ ASYRAF, SYEDA IMRAN, SOFIA NASIR dan NUR MUHARRAM KASIM merakamkan beberapa gambar menarik menerusi lensa mereka.

Selamat Tahun Baharu Cina dari kami. - Getaran 12 Februari 2021

Limau mandarin sangat sinonim dengan Tahun Baharu Cina. - Foto SYEDA IMRAN
Limau mandarin sangat sinonim dengan Tahun Baharu Cina. - Foto SYEDA IMRAN
Permintaan terhadap limau mandarin naik mendadak menjelang Tahun Baharu Cina. - Foto SYEDA IMRAN
Permintaan terhadap limau mandarin naik mendadak menjelang Tahun Baharu Cina. - Foto SYEDA IMRAN
Limau mandarin selain menjadi perhiasan, turut dijadikan buah tangan ketika Tahun Baharu Cina. - Foto SADIQ ASYRAF
Limau mandarin selain menjadi perhiasan, turut dijadikan buah tangan ketika Tahun Baharu Cina. - Foto SADIQ ASYRAF
Yee Sang antara sajian popular menjelang Tahun Baharu Cina yang melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan. - Foto NUR MUHARRAM KASIM
Yee Sang antara sajian popular menjelang Tahun Baharu Cina yang melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan. - Foto NUR MUHARRAM KASIM
Bakul berisi makanan antara buah tangan yang menjadi pilihan pada perayaan Tahun Baharu Cina. - Foto SADIQ ASYRAF
Bakul berisi makanan antara buah tangan yang menjadi pilihan pada perayaan Tahun Baharu Cina. - Foto SADIQ ASYRAF
Kuih muih tradisional masyarakat Malaysia jadi pilihan ketika Tahun Baharu Cina. - Foto SAIRIEN NAFIS
Kuih muih tradisional masyarakat Malaysia jadi pilihan ketika Tahun Baharu Cina. - Foto SAIRIEN NAFIS
Dekorasi menarik pusat beli-belah berjaya curi perhatian ramai. -  Foto SAIRIEN NAFIS
Dekorasi menarik pusat beli-belah berjaya curi perhatian ramai. - Foto SAIRIEN NAFIS
Hiasan Tahun Baharu Cina meriah di beberapa pusat beli belah sekitar Kuala Lumpur sempena tahun lembu. - Foto SAIRIEN NAFIS
Hiasan Tahun Baharu Cina meriah di beberapa pusat beli belah sekitar Kuala Lumpur sempena tahun lembu. - Foto SAIRIEN NAFIS
Bunga merah antara perhiasan yang perlu ada ketika sambutan perayaan Tahun Baharu Cina. - Foto SAIRIEN NAFIS
Bunga merah antara perhiasan yang perlu ada ketika sambutan perayaan Tahun Baharu Cina. - Foto SAIRIEN NAFIS
Tanglung bukan hanya sekadar hiasan sebaliknya membawa erti yang lebih besar bagi Tahun Baharu Cina. - Foto SADIQ ASYRAF
Tanglung bukan hanya sekadar hiasan sebaliknya membawa erti yang lebih besar bagi Tahun Baharu Cina. - Foto SADIQ ASYRAF
Kehadiran di tokong Buddha terpaksa dikurangkan akibat penularan wabak COVID-19. - Foto SADIQ ASYRAF
Kehadiran di tokong Buddha terpaksa dikurangkan akibat penularan wabak COVID-19. - Foto SADIQ ASYRAF

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM