web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemandu Didakwa Gagal Beri Isyarat, Cermin Sisi Kereta Dipecah Lelaki Mengamuk 

Video & Galeri Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2026 7:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki bertindak memecahkan cermin sisi sebuah kereta milik seorang wanita menggunakan kayu besbol dalam kejadian di Larkin, Johor, dipercayai kerana berang dengan tindakan mangsa yang tidak memberikan isyarat ketika memandu.

Rakaman video kamera papan pemuka berhubung insiden itu tular di media sosial pada Khamis, memaparkan lelaki terbabit memarahi pemandu wanita berkenaan di tepi jalan.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, lelaki tersebut dilihat memberhentikan Toyota Vios berwarna biru miliknya di hadapan kereta mangsa, sebelum keluar dari kenderaan sambil memegang sebatang kayu besbol.

Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi hentakan pada bahagian kereta mangsa yang dipercayai dilakukan menggunakan kayu besbol berkenaan.

Pemandu wanita itu turut kedengaran menjerit ketakutan dan meminta bantuan daripada orang awam.

Lelaki terbabit kemudian dilihat kembali ke arah Toyota Vios sebelum membawa keluar seorang bayi perempuan, dipercayai anaknya sendiri.

Dia seterusnya memarahi pemandu wanita tersebut sambil menunjuk ke arah bayi berkenaan, sambil  memegang kayu besbol di tangan kanannya.

Rakaman sama turut menunjukkan seorang wanita keluar dari bahagian penumpang kiri Toyota Vios tersebut sebelum dilihat bercakap dengan pemandu wanita berkenaan.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa berhubung insiden terbabit.

Video kejadian boleh disaksikan menerusi pautan https://www.facebook.com/share/v/18pNLy5wjR/?mibextid=wwXIfr - Getaran, 23 Mei 2026

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

oleh Sophia Ahmad