web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peniaga Gerai Makanan Dirompak 2 Lelaki, Anak Mangsa Mohon Bantuan

Video & Galeri Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2026 7:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu video memaparkan seorang peniaga gerai makanan di Ipoh dirompak dua lelaki kini tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat dengan jelas dua suspek yang merampas kotak wang tunai milik peniaga terbabit, sebelum melarikan diri dengan motosikal.

Kejadian itu berlaku semasa sesi siaran langsung TikTok.

Selepas insiden tersebut, anak perempuan mangsa memuat naik rakaman berkenaan di media sosial dan merayu orang ramai supaya membantu mengesan perompak terlibat.

“Kes ragut di gerai mak saya, Nasi Bajet Yanti di Meru, Ipoh. Sesiapa yang jumpa mereka, beritahu saya.

“Penduduk Ipoh, khususnya di Meru, tolong bantu saya cari mereka. Mereka begitu mudah merampas hasil titik peluh orang lain. Tolonglah semua, bukan mudah untuk peniaga kecil mencari pendapatan. Tolong sebarkan sehingga kita jumpa perompak ini,” tulisnya.

Menurut polis, anggaran kerugian adalah sekitar RM2,000 melibatkan wang tunai dan sebuah telefon bimbit.

“Polis sedang mengesan kedua-dua lelaki tersebut, dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan bagi kes kecurian.

“Sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Insiden berkenaan boleh disaksikan di pautan https://www.facebook.com/reel/1019684704077621/?fs=e&s=TIeQ9V&fs=e&mibextid=wwXIfr. - Getaran, 22 Mei 2026

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 15 jam yang lalu

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

oleh Sophia Ahmad