web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pantas Abang Buat Kerja

Video & Galeri Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2024 9:07AM

Tindakan pantas seorang lelaki berjaya menahan seorang daripada dua peragut sejurus kejadian. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sikap prihatin dan ambil tahu orang awam sangat membantu selepas seorang wanita diragut dalam kejadian di Taman Dewa Wira, Batu Kawa, di Kuching, pagi semalam.

Kejadian yang sempat dirakam kamera papan pemuka sebuah kereta, berlaku pantas namun pemandu kenderaan itu segera membunyikan hon untuk menakutkan dua peragut berkenaan.

Namun, tindakan ala pelakon filem aksi seorang pemandu Alza yang menghalang motosikal dinaiki penjenayah itu membuahkan hasil apabila seorang daripada mereka berjaya ditahan.

Menurut laporan Utusan Borneo Online, wanita berusia 50-an yang diragut itu mengalami kecederaan ringan semasa pergelutan.

Laporan yang memetik Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong, berkata seorang lagi suspek berjaya ditahan petang semalam di Jalan Lapangan Terbang Lama, di Kuching dan kedua-dua lelaki itu, masing-masing berusia 20 dan 30 tahun, akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman, hari ini.

Malah, menurut Lim, penahanan kedua-dua suspek itu membantu pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menyelesaikan kes samun dan ragut yang dilaporkan itu dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

Beliau juga berkata, seorang daripada lelaki tempatan itu mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan dadah dan pihaknya akan menyiasat lanjut penglibatan kedua-dua suspek dengan lain-lain kes yang mempunyai modus operandi sama. – Getaran, 23 April 2024

@getaranmy Kejadian berlaku di Batu Kawa, Kuching pada Isnin pagi. Kredit: Dennis K #getaranmy #viral ♬ original sound - Getaran

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM