web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nak Pulang Barang Kenapa Naik Tangan?

Video & Galeri Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2024 4:19PM

Tangkap layar kejadian pelanggan menumbuk juruwang. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hanya kerana tidak berpuas hati dengan kaedah pemulangan barangan yang mungkin merenyahkan, seorang pelanggan di sebuah pasar raya bertindak luar jangka dengan menumbuk muka juruwang yang melayan pembeliannya.

Dalam kejadian pada petang Sabtu lalu di sebuah pusat beli belah di Johor Bahru, wanita berkenaan dikatakan memarahi juruwang berkenaan sebelum bertindak sedemikian.

Kejadian itu turut dirakam melalui kamera litar tertutup sebelum ia tular di media sosial.

Bagaimanapun, tidak diketahui apa perbualan antara kedua-dua pihak kerana rakaman berkenaan tidak disertakan dengan audio.

Juruwang berkenaan, dengan nama Zuriani Mahmood, kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian sebelum menularkan insiden berkenaan melalui media sosial.

Melalui laporan polis yang dibuatnya yang turut dilampirkan dalam hantaran berkenaan, Zuriani mendakwa beliau sebelum itu meminta wanita berkenaan menunggu sebentar bagi membolehkan pemulangan dilakukan kerana barangan itu sudah diimbas ke dalam sistem untuk pembayaran.

Katanya, wanita berkenaan secara tiba-tiba memarahinya dengan nada tinggi dan bertindak menumbuknya selepas membuat pembayaran, sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian bawah mata kiri.

Zuriani menunjukkan kecederaan dialami. - gambar media sosial
Zuriani menunjukkan kecederaan dialami. - gambar media sosial

Melalui hantaran sama, Zuriani yang sedang hamil, berkata maruahnya tercalar akibat perbuatan pelanggan terbabit yang berlaku di khalayak ramai. – Getaran, 11 Mac 2024

@getaranmy Seorang juruwang sebuah kedai di MidValley Southkey Johor Bahru telah membuat laporan polis terhadap seorang pelanggan perempuan yang didakwa menumbuk mukanya kerana tidak puas hati transaksi memulangkan barang yang telah dibeli mengambil masa yang agak lama. #getaranmy #viral ♬ original sound - Getaran

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Video Majikan Pukul Pembantu Rumah Undang Kemarahan Netizen

oleh Sophia Ahmad