Kelibat sekumpulan individu berbasikal di atas jalan raya bukan sesuatu yang baharu sebaliknya sudah sekian lama dilakukan peminat sukan berkenaan.
Biarpun peminat sukan berbasikal biasa melihat pertandingan seperti Le Tour de Langkawi yang sudah bertahun-tahun diadakan di negara ini, namun sudah tentu pertandingan sedemikian menyaksikan laluan yang ditutup kepada kenderaan lain supaya tidak berlaku kemalangan.
Bagaimanapun, aktiviti sedemikian yang dilakukan peminat tanpa mengambil langkah keselamatan seperti dalam satu video yang tular di media sosial baru-baru ini, bukan saja mengundang kegusaran pengguna jalan raya, malah boleh mendedahkan penunggang terbabit kepada risiko kemalangan.
Mungkin peminat sukan ini perlu memilih laluan yang kurang sesak selain mempunyai pasukan yang memastikan keselamatan mereka ketika berbasikal di jalanan. – Getaran, 11 Mac 2024
@getaranmy Tengok rakaman dashcam ni pun dah seriau. Boleh dia buat jalanraya macam gelanggang latihan. #getaranmy #dashcam ♬ original sound - Getaran