Siapa tak terkejut, sedang sedap memandu di jalan yang disangka kosong pada malam hari, tiba-tiba muncul ‘orang besar’ melintas.
Detik cemas seorang pemandu dikongsikan melalui rakaman papan pemuka keretanya yang kemudian tular di media sosial.
Melalui paparan video itu, kelihatan kawanan gajah liar sedang melintasi jalan raya di satu selekoh di laluan yang gelap yang tidak diketahui lokasinya.
Mujur pemandu berkenaan sempat mengelak dan tiada kejadian tidak diingini berlaku. – Getaran, 14 Februari 2024
@getaranmy Alhamdulillah, nasib baik semua selamat. #getaranmy #viral #semasa ♬ original sound - Getaran