Sebagai sebuah bangunan tertinggi di dunia, tidak hairan jika Burj Khalifa disambar petir setiap kali berlaku ribut di sekitar Dubai.
Malah, saban tahun akan ada saja video bangunan itu disambar petir.
Dalam sebuah video yang tular baru-baru ini kelihatan puncak tertinggi Burj Khalifa disambar petir pada waktu malam.
Walaupun mendebarkan, namun bangunan itu dilengkapi dengan sistem yang mengalihkan serangan petir darinya sebelum ia dibumikan, sekali gus memastikan keselamatan struktur dan penghuninya.
Dianggarkan Burj Khalifa disambar petir 10 kali setahun. – Getaran, 13 Februari 2024
@getaranmy Burj Khalifa hari ini dilanda kilat yang berkemungkinan mengakibatkan hujan lebat di kawasan sekitarnya. Layari getaran.my untuk berita terkini dan info semasa. #getaranmy #trending #kilat ♬ original sound - Getaran