Kisah hotel bajet disamun bukanlah sesuatu yang baharu, dan selalunya pekerja hotel memang bersiap sedia terutama pada waktu malam.
Namun, seorang pekerja hotel bajet di Sri Gombak tentunya tidak menyangka, seorang lelaki dan wanita yang berpura-pura bertanyakan kadar bayaran untuk penginapan di hotel berkenaan rupa-rupanya perompak yang mahu melakukan jenayah.
Dalam kejadian pada Sabtu lalu, pekerja hotel berkenaan diacukan pisau oleh suspek lelaki sebelum telefon bimbit dan beg tangan miliknya disamun pasangan perompak berkenaan.
Ketika kejadian kira-kira satu minit itu, yang sempat dirakam kamera litar tertutup, kedua-dua suspek kelihatan memakai topi keledar. – Getaran, 19 Januari 2024
@getaranmy Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah hotel di Sri Gombak, Sabtu lalu. Seorang lelaki dan seorang wanita menggunakan taktik berpura-pura bertanya kadar bayaran untuk menginap, sebelum menyamun pekerja hotel berkenaan. Mereka dikhabarkan telah melarikan telefon bimbit milik hotel dan beg tangan milik pekerja di situ. Layari getaran.my untuk berita terkini dan info semasa. #getaranmy #trending #samun ♬ original sound - Getaran