web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Uncle Chong Selamatkan Wanita Nyaris Hanyut

Video & Galeri Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2024 8:22PM

gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tindakan pantas seorang lelaki berjaya menyelamatkan dua wanita yang nyaris lemas selepas hanyut dalam arus deras apabila kereta dinaiki terbabas dalam longkang di Jalan Johor Bahru-Mersing hari ini. 

Menerusi video yang dikongsi di media sosial, seorang lelaki yang dikenali sebagai Joesen Chong, dilihat terjun ke dalam longkang terbabit selepas menyedari sebuah kereta dihanyutkan arus deras.

Memetik laporan BH, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora ketika mengesahkan kejadian itu berkata, ia membabitkan kereta dinaiki dua wanita berusia 37 dan 43 tahun.

"Siasatan awal mendapati kereta terbabit terbabas ketika melalui jalan dinaiki air dan masuk ke dalam longkang besar sebelah kanan jalan menghala ke Kota Tinggi.

"Kedua-dua mangsa diselamatkan orang awam apabila kenderaan dihanyutkan arus air yang deras.

"Pemandu tidak mengalami kecederaan, manakala penumpang cedera ringan dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kota Tinggi," katanya satu laporan polis turut diterima mengenai kejadian itu. -  Getaran, 7 Januari 2024

@getaranmy Kejadian berlaku di Jalan Bukit Samsu (Kota Tinggi-Mersing). Dilaporkan mangsa telah diselamatkan oleh orang awam di sana. Semoga dipermudahkan urusan kepada yang terlibat. Layari getaran.my untuk berita terkini dan info semasa. Kredit: FB Orang Kota-Tinggi #getaranmy #trending #myvi #hanyut #bukitsamsu ♬ original sound - Getaran

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Wanita Dicabul Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Tempat Kerja 

oleh Sophia Ahmad