web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selepas Gempa Bumi, Kapal Terbang Pula Bertembung

Video & Galeri Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2024 8:46AM

Tangkap layar pesawat Japan Airlines yang sedang terbakar sejurus pelanggaran dengan pesawat Pengawal Pantai Jepn di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malang bertimpa-timpa buat Jepun selepas sebuah pesawat komersial berlanggar dengan kapal terbang milik Pengawal Pantai Jepun jenis De Havilland Dash-8 di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo.

Kejadian berlaku sehari selepas gempa bumi berkala 7.6 magnitud melanda wilayah tengah Jepun, Ishikawa Isnin lalu.

Akibat kemalangan itu lima anggota Pengawal Pantai Jepun maut, seorang lagi berjaya menyelamatkan diri manakala kesemua anak kapal dan penumpang pesawat Japan Airlines Airbus A350 yang baru mendarat selepas tiba dari Lapangan Terbang New Chitose di Wilayah Hokkaido, selamat.

Pesawat Pengawal Pantai Jepun itu dikatakan membawa barangan bantuan untuk kawasan yang dilanda gempa bumi di Wilayah Niigata selepas beberapa siri gegaran sehingga 7.6 magnitud melanda tengah Jepun pada petang Isnin lalu.

Beberapa video yang memaparkan pesawat Japan Airlines sedang terbakar sejurus kemalangan serta keadaan dalam kabin turut dikongsikan melalui media sosial. – Getaran, 3 Januari 2024

@getaranmy Sebuah kapal terbang Japan Airlines yang membawa 379 penumpang terbakar selepas berlanggar dengan sebuah lagi pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo. Semua penumpang dan kru berjaya diselamatkan. Layari getaran.my untuk berita terkini dan info semasa. #getaranmy #trending #kapalterbang #kebakaran #lapanganterbang #tokyo #airport #haneda ♬ original sound - Getaran

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Wanita Dicabul Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Tempat Kerja 

oleh Sophia Ahmad