Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat melihat seorang kanak-kanak bermain permainan arked yang disediakan di rerui Kementerian Belia dan Sukan di Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
Malah, beliau yang sememangnya sentiasa meluangkan masa menyantuni kanak-kanak di mana saja pemimpin negara itu berada, turut dilihat memberi arahan kepada kanak-kanak berkenaan yang ‘memandu’ permainan kereta lumba.
Program yang diadakan di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil sejak semalam hingga esok turut menyediakan reruai pelbagai kementerian dan agensi bagi membolehkan pengunjung melihat pelaksanaan Kerajaan Perpaduan sejak setahun lalu. – Getaran, 9 Disember 2023
@getaranmy Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat hadir ke booth KBS di Program Sambutan Setahun Kerajaan Madani. Layari getaran.my untuk berita terkini dan info semasa. Kredit: TT Adam Adli #getaranmy #trending #anwaribrahim #pmx #malaysiamadani ♬ original sound - Getaran