Angkara 'hon' kereta yang tidak memberi isyarat ketika hendak memotong, penunggang motosikal dilanggar beberapa kali oleh pemandu kereta terbabit.
Kejadian dipercayai berlaku di persimpangan Jalan Pokok Sena, Pulau Pinang apabila pemandu kereta bertindak agresif selepas dikatakan memandu dalam keadaan berbahaya.
Berang dengan dakwaan penunggang motosikal berkenaan, pemandu kereta itu kemudiannya berhenti di bahu jalan, lalu tercetus pertelingkahan antara kedua-duanya.
Ancaman penunggang motosikal bahawa beliau ingin membuat laporan polis berhubung kejadian itu, mengakibatkan pemandu kereta marah lalu melanggarnya beberapa kali. - Getaran, 9 Disember 2023
@getaranmy Bahayanya, silap haribulan boleh melayang nyawa orang lain kalau dibiarkan perangai pemandu sebegini. Layari getaran.my untuk berita semasa dan info terkini. #getaranmy #semasa #pdrm #pdrmsia #roadrage #samseng ♬ original sound - Getaran