Nilai kemanusiaan seolah semakin terhakis mutakhir ini.
Anak yang seharusnya dibelai dengan kasih sayang, dibuang begitu sahaja bagai sampah tidak berharga.
Itulah yang terjadi di Kampung Kubang Pangas, Alor Setar Kedah apabila seorang bayi comel dijumpai berhampiran kawasan sawah padi, dipercayai 'dibuang' awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, usaha mengesan individu bertanggungjawab sedang giat dijalankan. - Getaran, 30 November 2023