Peniaga di Uptown Kota Damansara terpaksa berputih mata selepas 20 gerai di kawasan itu terjejas dalam kebakaran kira-kira jam 8 malam tadi.
Kebakaran yang mulanya kecil dipercayai bermula dari sebuah gerai menjual kasut, segera merebak berikutan tekanan air rendah menyebabkan peniaga sukar memadamkannya.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, kebakaran itu menyebabkan deretan gerai terbabit terbakar 90 peratus, selain bangunan yang menempatkan gimnasium turut terbakar 50 peratus.
Dalam video yang tular di media sosial, kelihatan pemilik gerai dan peniaga lain berusaha untuk memadamkan kebakaran yang pantas merebak. – Getaran, 21 November 2023
@getaranmy Dikatakan kebakaran di Uptown Kota Damansara pada malam Isnin ini terjadi akibat litar pintas. Kredit: Ray Zikrie #getaranmy #berita #beritaditiktok ♬ original sound - Getaran