Musim Monsun Timur Laut (MTL) mula menunjukkan ‘taring’ apabila Terengganu kini sudah mula dilanda banjir.
Dalam beberapa rakaman video oleh penduduk sekitar Kuala Terengganu menunjukkan ada kawasan sudah mulai dinaiki air sehingga memaksa penduduk berpindah.
Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu juga melaporkan tiga sekolah di Kuala Terengganu terjejas akibat banjir iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman, SK Losong dan SK Tok Dir. – Getaran, 20 November 2023
@getaranmy Beberapa kawasan di sekitar Terengganu dilanda banjir pada pagi Isnin. Layari getaran.my untuk lagi berita and info terkini. #getaranmy #berita #beritatiktok #banjir #banjirterengganu ♬ original sound - Getaran