Kekejaman dilakukan Israel terhadap Palestin ternyata bukan saja membuka mata dunia malah membuka hati ramai bukan Muslim untuk mendalami Islam.
Jika baru-baru ini seorang pempengaruh bernama Megan Rice yang pada mulanya sekadar membaca Al-Quran untuk mengetahui apa kandungan dan ajaran sebenar dalam kitab suci itu, sebelum memeluk Islam, semalam seorang lagi pempengaruh mengucap kalimah syahadah.
Seperti Rice, pempengaruh di TikTok yang menggunakan akaun @abbeyhafez mulai membaca Al-Quran untuk mencari jawapan kepada persoalan mengenai Islam sejak awal bulan ini sebelum beliau kemudian memuat naik video mengenai pengislamannya semalam.

Malah, ulama terkenal, Mufti Menk turut menghantar komen pada video asal Abbey yang kini menetap di Dubai bersama suami dan anak kecil mereka. – Getaran, 14 November 2023
@getaranmy Selepas Megan Rice beberapa hari lepas, TikToker @abbeyhafez yang mempunyai lebih 200k pengikut mengumumkan beliau telah memeluk agama Islam. Sebelum ini, beliau terkenal dengan konten seorang kristian yang membaca Al Quran. #getaranmy #berita #muslimrevert ♬ original sound - Getaran