Sikap prihatin empat anggota trafik di Petaling Jaya amat dipuji selepas mereka bukan saja mengawal pengguna laluan motosikal, malah turut membantu menyalurkan air bertakung ke dalam longkang.
Melalui satu klip video yang dimuat naik ke media sosial, kelihatan seorang anggota polis trafik mengalihkan daun kering dan cebisan kayu daripada menghalang lubang ke longkang bagi membolehkan air bertakung surut dan laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan itu dapat dilalui semula.
Rakannya pula turut mengawal lalu lintas serta merakamkan perbuatan anggota polis terbabit.
Diharap pihak perbandaran dapat sentiasa menyelia laluan motosikal serta perparitan supaya ia tidak dinaiki air setiap kali hujan. – Getaran, 14 November 2023
@getaranmy Terima kasih diucapkan buat 4 orang anggota polis trafik yang telah mengorek lubang laluan air yang tersumbat bagi memudahkan perjalanan di laluan khas motosikal Lebih Raya Persekutuan pada semalam. Kredit: Friend of Trafik PJ #getarammy #berita #trafik ♬ original sound - Getaran