Tersalah jangka atau mungkin nak cepat, seorang penunggang motosikal akhirnya terpaksa menggunakan tenaga kaki untuk menyorong kenderaannya selepas enjinnya mati dalam air banjir di laluan susur di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Ipoh.
Gelagat lelaki itu sempat dirakam seorang pengguna lebuh raya yang berhenti di tepi jalan.
Perakam sempat membuat ulasan penunggang itu sepatutnya mengangkat motosikalnya ke laluan lebih tinggi di sebelah seperti selalu dilakukan individu yang mahu mengelak sekatan jalan raya. – Getaran, 13 November 2023
@getaranmy Aduh bang kenapa nak juga redah kan dah menyusahkan diri, kejadian banjir berlaku di Highway Plus Ipoh. #getaranmy #getaran #video #viral #banjir #PLUS #trending #terkini #semasa ♬ original sound - Getaran