Mentang-mentang Bateri Tu Luar Lori
Seorang lelaki mengambil peluang untuk membuat duit mudah dengan mencuri bateri sebuah lori yang diparkir di Taman Setapak, semalam.
Bagaimanapun perbuatannya dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) sebuah premis.
Melalui rakaman itu, kelihatan suspek dengan tidak teragak-agak turun dari motosikalnya mencuri bateri lori berkenaan sebelum meninggalkan lokasi dengan selamba. – Getaran, 12 November 2023
@getaranmy Kes kecurian bateri lori, dilaporkan berlaku di Taman Setapak pada semalam. Laporan polis juga telah dibuat. Layari getaran.my untuk lagi info dan berita terkini. #getaranmy #berita #beritatiktok ♬ Suspense, horror, piano and music box - takaya