Tular di media sosial kejadian sebuah kereta PERODUA Alza yang terbakar di Hentian Rehat dan Rawat Dengkil arah utara, kelmarin.
Kenderaan terbabit dipercayai milik penyanyi busker yang mengadakan persembahan di hentian itu.
Menurut Balai Bomba dan Penyelamat KLIA, pihaknya menerima laporan pada jam 6.05 petang dan sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian.
Namun, tiada mangsa terbabit dalam kejadian berkenaan. - Getaran, 9 November 2023
@getaranmy Dikatakan pemilik kereta berkenaan adalah penyanyi busker di perhentian tersebut, semoga dia tabah dalam menghadapi dugaan ini. #getaranmy #getaran #trending #terkini #semasa #video #viral #fyp #terbakar #dengkil ♬ original sound - Getaran