Hujan lebat yang melanda Selangor menyebabkan beberapa kawasan di negeri itu dinaiki air, sejak awal pagi tadi.
Antara yang teruk terjejas ialah Taman Semenyih Indah dan Kampung Bangi Lama, melibatkan kira-kira 200 penduduk.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi memindahkan mangsa bermula 4.30 pagi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada MERS999.
Turut dinaiki air ialah kawasan Jenderam Hilir dan beberapa lokasi di Dengkil. - Getaran, 5 November 2023
@getaranmy Banjir kilat di kawasan Jenderam Hilir menyebabkan ramai mangsa yg terlibat dipindahkan ke kawasan yang selamat di bawah pantauan Bomba Malaysia. Layari getaran.my untuk info semasa dan berita terkini. #getaranmy #banjir #Dengkil #Jenderam #terkini ♬ original sound - Getaran