web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dah Kenapa Belasah Orang Ni

Video & Galeri Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2023 2:01PM

gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tindakan seorang lelaki memakai blazer merah memukul seorang penghantar makanan, dalam insiden dipercayai berlaku di hadapan premis perniagaan di Persiaran Tun Razak, di sini, semalam, mendapat pelbagai reaksi warga siber.

Difahamkan pengawal keselamatan memanggil lelaki berblazer merah itu, selepas berlaku pertikaian dengan penghantar makanan terbabit kerana tidak dibenarkan memasuki premis.

Susulan itu, seorang wanita dipercayai pelanggannya, meminta individu terbabit supaya berhenti menyakiti rider berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nazrin Abdul Yusof dilaporkan berkata, kejadian yang berlaku antara seorang penghantar barang dengan seorang individu, berpunca daripada salah faham dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Seramai lima individu telah dipanggil bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya. 

Terdahulu, tular video kejadian itu yang turut merakamkan permintaan wanita, iaitu pelanggan rider supaya lelaki berblazer merah berhenti menyakiti penghantar makanan berkenaan. - Getaran, 4 November 2023

@getaranmy Walaupun timbul perselisihan faham, tapi perlu ke tindakan yang agresif sebegini? Customer pun dah kata akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya. Layari getaran.my untuk lagi info dan berita terkini. #getaranmy #berita #beritaditiktok ♬ original sound - Getaran

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Wanita Dicabul Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Tempat Kerja 

oleh Sophia Ahmad