Akibat geram dikenakan tindakan saman kesalahan parkir, seorang individu dan penguat kuasa Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) akhirnya bertumbuk di tepi jalan.
Dalam video yang dirakam seorang pengguna lain, kelihatan kedua-dua lelaki pada mulanya sekadar bertegang urat sebelum berbalas tumbukan selain penguat kuasa terbabit turut ditolak sehingga jatuh.
Bagaimanapun, pergaduhan mereka segera dileraikan orang awam melalui kawasan berkenaan.
Menurut polis, kedua-dua terbabit mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan 153 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam. – Getaran, 3 November 2023
@getaranmy Kejadian berlaku di Batu Pahat, Johor. Seorang lelaki telah ditahan untuk membantu siasatan dakwaan menghalang anggota penguatkuasaan mengeluarkan kompaun. #getaranmy #berita #beritatiktok ♬ original sound - Getaran