Tepat jam 10 malam pelakon Zul Yahya tiba di Ipoh malam tadi dan menamatkan kayuhan amalnya untuk mengumpul dana kecemasan buat rakyat Palestin.
Dengan linangan air mata dan disambut keluarganya, Zul yang mewakili Yayasan Afdlin Shauki, mengakui banyak aura positif yang dikutip sepanjang perjalanan dari Ipoh ke Johor Bahru dan kembali semula ke Ipoh sepanjang tempoh 12 hari itu.
Melalui ketibaannya yang disiarkan secara langsung melalui aplikasi penstriman TikTok, Zul turut berterima kasih kepada semua yang mendoakannya sepanjang perjalanan itu. – Getaran 1 November 2023
@getaranmy Tamat sudah Kayuhan Insan Palestin Zul Yahya, dari Ipoh ke Johor Bahru and kembali ke Ipoh semula. Alhamdulillah! Terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan dan sokongan moral! #getaranmy #zulyahya #berita ♬ original sound - Getaran