Hujan lebat yang melanda Sungai Petani semalam, mengakibatkan beberapa kawasan mengalami banjir kilat.
Susulan itu seramai 110 mangsa daripada 35 keluarga di daerah Kuala Muda terpaksa dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
Namun, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lt Kol (PA) Zairil Anuar Zulmuji berkata, kesemua PPS sudah ditutup 1 tengah hari tadi dan semua penduduk terlibat telah pulang ke kediaman masing-masing.
Terdahulu, tular video banjir kilat di Medan Selera Taman Sejati, Sungai Petani, Kedah, tetapi masih terdapat pelanggan yang terus menikmati makanan masing-masing. - Getaran, 30 Oktober 2023
@getaranmy Fuh, deras betul arus air! Abang tu siap boleh makan sambil bersantai lagi ? Berwaspada kepada semua penduduk Sungai Petani. #getaranmy #trending #banjir #bencanaalam #sungaipetani ♬ original sound - Getaran